Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Malaysia perlu mempercepat pemodenan sektor pertanian dan meningkatkan produktiviti bagi memastikan bekalan makanan negara kekal terjamin.
Transcript
00:00Sektor pertanian negara perlu terus dipacu ke arah pemodenan dan peningkatan produktiviti bagi memastikan keterjaminan makanan negara kekal kukuh dalam
00:10mendapatkan pelbagai cabaran semasa.
00:12Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Muhammad Sabu, Malaysia perlu mengambil iktibat daripada kejayaan negara lain seperti Brazil
00:21yang berjaya meningkatkan pengeluaran hasil pertanian secara ketara.
00:27Jelas Muhammad antara rahsia kejayaan Brazil adalah pelaksanaan jaminan pasaran kepada petani dengan kerajaan akan membeli hasil yang tidak dapat
00:34dijual di pasaran.
00:35Pendekatan itu memberikan keyakinan kepada petani untuk meningkatkan pengeluaran tanpa bergantung sepenuhnya kepada subsidi.
00:42Jelasnya lagi, Malaysia kini berada di landasan pemodenan pertanian termasuk di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda yang kini mampu mencatat
00:50hasil sehingga 8 dan 9 tan sehektar dalam kalangan pesawat tertentu.
00:54Dalam masa sama, beliau memaklumkan kadar sara diri bagi bekalan ikan telah berjaya dicapai melalui perkembangan sektor aquaculture.
01:02Tambahnya, bekalan ayam dan telur negara juga berada pada tahap yang menjamin keperluan pasaran domestik.
01:07Bagi mengurangkan kebergantungan kepada import, kementerian turut menggiadkan penanaman jagung bijian dengan sasaran mencapai 30% pengeluaran menjelang tahun 2030.
01:17Selain itu, usaha memperluaskan pengeluaran bawang tempatan berasaskan kajian Mardi juga sedang diperkukuhkan.
01:23Dalam mendepani cabaran geopolitik dan perubahan iklim, beliau memberi jaminan bahawa stok penimbal beras negara mencukupi untuk tempoh sekurang-kurangnya
01:306 bulan menekala bekalan ikan boleh bertahan sehingga 8 bulan.

Recommended