00:00Penyanyi Hafiz Suib tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak
00:05selepas mengesahkan tidak dapat menyeretai program Gegar Vaganza Fantasia.
00:09Menerusi video pendek yang dikongsikan sewaktu program itu berlangsung di Estorilla,
00:14juara Akademi Fantasia musim ke-7 itu menjelaskan
00:17keputusan tersebut diambil berikutan urusan komitmen lain yang perlu diberikan tumpuan.
00:24Menerusi antara ringkas itu, Hafiz atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Muhammad Suib
00:29menitipkan doa dan sokongan buat semua rakan seperjuangannya yang beraksi di pentas berkenaan.
00:36Beliau berharap kesemua peserta dapat memberikan persembahan terbaik
00:39dan berjaya mengegarkan pentas program realiti tersebut.
00:43Saya Hafiz Suib, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua
00:47disebabkan saya tidak dapat menyeretai program Gegar Vaganza Fantasia
00:53disebabkan atas urusan komitmen saya yang lain.
00:56So, kepada kawan-kawan saya, sahabat-sahabat saya, saya doakan yang terbaik untuk anda semua
01:00buat yang terbaik, kasih gegar dan kasih pecah itu stage.
01:05Sebelum ini, penyanyi berusia 34 tahun itu menjelaskan
01:08penolakan tawaran itu turut disebabkan beliau mahu memberikan perhatian kepada isterinya
01:13yang kini hamil 7 bulan selain faktor logistik kerana menetap di Sarawak.
01:18Penjelasan itu sekaligus menjawab spekulasi peminat
01:21yang sebelum ini mengharapkan kehadirannya melengkapkan saingan pentas GV Fantasia
01:26yang menghimpunkan kesemua bekas juara program berkenaan.
01:30GV Fantasia membawakan kelainan besar bagi edisi kali ini
01:33apabila menghimpunkan semula juara-juara program Akademi Fantasia terdahulu
01:38dalam satu medan pertempuran vokal yang sengit.
01:41Antara nama besar yang telah mengesahkan penyertaan
01:44termasuklah Mawi, Vince Chong, Stacey, Syahir Zawani dan Mila Jirin.