00:00Seterusnya pengguna pengangkutan awam yang menggunakan laluan Kelana Jaya perlu merancang perjalanan dengan lebih awal pada setiap ahad bulan ini
00:07bermula 15, 22 dan 29 November.
00:11Susulan kerja penggantian landasan yang dilaksanakan oleh Rapid KL.
00:15Rapid KL dalam kenyataan media hari ini memberitahu ia membabitkan stesen universiti, Kerinci dan juga Abdullah Hukum.
00:25Sehubungan itu, perkhidmatan tren di ketiga-tiga stesen berkenaan hanya akan beroperasi pada jam 9.30 pagi berbanding jadual biasa,
00:32seawal 6 pagi.
00:34Mesin tiket pula akan ditutup sementara sehingga jam 9.30 pagi, namun pembelian tiket masih boleh dibuat di kaunter,
00:40manakala pengguna pas Rapid KL dan Touch & Go boleh meneruskan perjalanan seperti biasa.
00:45Bagaimanapun, operasi tren di stesen lain sepanjang laluan Kelana Jaya serta laluan Real Rapid KL lain tidak terjejas.
00:51dan kekabar operasi mengikut jadual asal.
00:54Bagi membantu pergerakan penumpang, Rapid KL akan menyediakan bas perantara ulang alik secara percuma
01:00yang hubungkan ke tiga-tiga stesen sepanjang tempoh kerja dijalankan.
01:05Pelaksanaan kerja penggantian landasan itu merupakan sebahagian daripada usaha menaik taraf infrastruktur laluan Kelana Jaya
01:10untuk memastikan operasi tren lebih lancar, stabil dan selamat
01:14selain meningkatkan tahap keboleh percayaan perkhidmatan kepada pengguna.