00:00Polis menahan empat lelaki susulan penularan video memaparkan kejadian pembakaran mercon atas jalan berhampiran lampu isyarat di Taman Nelsa Sekudai
00:09awal pagi ahad.
00:10Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisional Azrul Anwar Noor berkata,
00:15suspek berusia antara 16 hingga 25 tahun itu ditahan dalam operasi di sekitar Sekudai kira-kira jam 7.30 malam.
00:25Tangkapan dan beberapa rampasan dilakukan susulan penularan rakaman video kejadian itu di media sosial pada hari sama.
00:31Hasil semakan mendapati semua suspek tiada rekod jenayah lampau meneklis keputusan ujian saringan awal air kencing terhadap mereka juga negatif.
00:39Azrul Anwar berkata semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Johor Bahru pada Isnin bagi permohonan perintah Riman untuk membantu siasatan.
00:46Kes di siasat mengikut Seksyen 286 Kanun Kesiksaan kerana melakukan perbuatan gopoh atau cuai membabitkan bahan letupan
00:52sehingga membahayakan nyawa atau berisiko menyebabkan kecereraan kepada orang lain.
00:57Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara hingga 6 bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
01:04Kes itu terdapat di siasat mengikut Seksyen 48-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana berhentikan atau membiarkan kenderaan berhenti di
01:12jalan raya
01:13sehingga mendatangkan bahaya, halangan atau kesusahan yang tidak berpatutan kepada pengguna jalan raya lain.
01:19Bagi kesalahan itu, pesalah boleh dikerjakan denda tidak kurang RM1,000 dan tidak melebihi RM5,000 atau hukuman penjara atau
01:26kedua-duanya sekali.
01:27Sementara itu, Azrul Anwar berkata, polis sedang giat mengesan tiga lagi individu yang disyaki turut terbabit dalam kejadian perkenaan bagi
01:34membantu siasatan.