Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat manakala Selangor terus mencatat penurunan. Amaran risiko banjir turut dikeluarkan di beberapa kawasan Kelantan, Pahang dan Terengganu susulan cuaca buruk.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jumlah mangsa banjir di Perak mencatatkan sedikit peningkatan.
00:03Manakala di Selangor terus menunjukkan tren penurunan
00:06menjadikan keseluruhan sebanyak 654 orang masih melindung
00:10di pusat pemindahan sementara PPS setakat pagi ini.
00:13Di Perak Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri JPBN
00:17memaklumkan sebanyak 277 mangsa daripada 84 keluarga
00:21ditempatkan di PPS Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan MPTI.
00:25Sementara 136 orang daripada 39 keluarga lagi melindung di Dewan MPTI lengkap.
00:32Di Selangor, situasi bertambah baik apabila mangsa yang ditempatkan di PPS
00:36berkurangan kepada 215 orang daripada 55 keluarga setakat 8 pagi ini
00:41berbanding 507 orang membabitkan 143 keluarga semalam.

Recommended