Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Pengarah Ariff Zulkarnain menegaskan BAGA: Esok Untuk Siapa mengetengahkan realiti kemiskinan, kekurangan pendidikan dan keterpinggiran masyarakat, bukan mengagungkan penyalahgunaan dadah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Film Tempatan Baga Esok Untuk Siapa bukan sekadar mengangkat isu penyalahgunaan dadah, sebaliknya mengetengahkan realiti kehidupan masyarakat yang mendepang kemiskinan,
00:10kekurangan pendidikan dan terpinggir daripada arus pembangunan.
00:14Pengarahnya Aris Zulkarnay berkata film itu tidak bertujuan mengagungkan kegiatan dadah, sebaliknya menjadikan isu berkenaan sebagai latar untuk meneroga konflik,
00:22kelemahan dan luka yang dihadapi watak-watak dalam cerita tersebut.
00:28Menurutnya penonton perlu melihat naskah itu dengan minda terbuka dan memahami mesej yang lebih besar yang cuba disampaikan khususnya mengenai
00:35kehidupan manusia yang terpaksa berdepan keterbatasan peluang dan cabaran untuk mengubah nasib.
00:41Kita tengok dan seada kita ambil dia dengan hati yang terbuka, minda yang terbuka secara positif, saya tak rasa kita
00:49cuba glorifikasikan dadah dalam film bagian.
00:56sebab itu hanya adalah subjek matter saja. Yang penting adalah manusia-manusia yang hidup dalam sesebuah film itu.
01:05Apakah luka yang mereka ada, apakah kekurangan yang ada yang dihadapi audis mereka.
01:11Kerana bagi saya, film bagaimana bukan saya nak bercakap tentang dadah semata-mata.
01:15Apa yang saya cuba cakap adalah manusia-manusia di dalam film ini yang berhadapan dengan kemiskinan, yang berhadapan dengan kekurangan
01:24exposure dalam segi pendidikan dan juga manusia yang tertinggal oleh pemodenan.
01:31Yang ditinggalkan oleh pemodenan tapi cuba untuk mengejarnya.
01:35So, itulah sebenarnya apa yang saya cuba sampaikan.
01:40Bukan untuk orang ambil dadah ataupun cuba dadah.
01:45Bagang mengisahkan jani dan melu pasangan kekasih muda yang berdepan masa depan tidak menentu selepas kehamilan luar jangkaan memaksa mereka
01:52membuat keputusan sukar.
01:54Dalam usaha mencari jalan keluar daripada kesempitan hidup, jani terjerumus dalam kegiatan penyedaran dadah, sekaligus mencetuskan konflik melibatkan cinta, kemiskinan,
02:03ketagihan dan tuntutan masyarakat setempat.
02:06Sementara itu, pelakon utama Amirah Razak yang membawakan watak melu berkata, cabaran terbesarnya adalah memahami dan menerima keputusan watak itu
02:12yang sangat berbeza daripada personaliti dirinya dalam kehidupan sebenar.
02:16Saya rasa cabaran yang terbesar sebenarnya untuk mengakui keputusan melu itu sebagai seorang perempuan di luar, personaliti saya dan melu
02:30sangat berbeza.
02:31Jadi bila membaca skrip dan menilai keputusan melu pada ketika itu, saya rasa macam kenapa melu buat macam ini? Kenapa
02:38decision ini begini?
02:39Tapi saya rasa sebenarnya keputusan itu terjadi apabila melu ini sendiri tidak mendapat kasih sayang yang cukup.
02:46Dia meraih kasih sayang itu di tempat lain dan akhirnya bila dah dapat kasih sayang itu, dia terjerumus ke arah
02:53masalah yang mereka hadapi.
02:55Film arahan Arif Zulkarnain yang dibintangi Amir Anaf, Amirah Razak dan Wan Hanafisu mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada
03:035 November lalu.
Comments

Recommended