Skip to playerSkip to main content
Semua parti politik yang bertanding pada PRN Melaka diingatkan supaya berkempen secara berhemah tanpa serangan peribadi, selain menghormati hubungan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.
#PRNMelaka #MelakaMemilih
Transcript
00:00Dan semua parti politik yang bertanding dalam pilihan raya negeri Melaka kali ini diingatkan untuk berkempen secara berhemah dan mengelakkan
00:06serangan peribadi terhadap pihak lawan.
00:09Dato' Sri Muhammad Hassan berkata persaingan politik di peringkat negeri tidak seharusnya menjejaskan hubungan kerjasama dalam kerajaan perpaduan di peringkat
00:17persekutuan.
00:19Itu sebabnya saya katakan tadi, kita mesti melihat bahawa kerajaan persekutuan, kita masih lagi berada dalam kerajaan perpaduan.
00:28Kita kena jaga kita punya kempen secara berhemah kerana kita nak berkempen ini untuk kita menubuhkan kerajaan, bukan untuk kita
00:40mencaci, menghina ataupun memburuk-burukkan lawan kita.
00:46Sehubungan itu beliau mengingatkan jentera parti dan penceramah supaya memainkan peranan memberikan penerangan berfakta berhubung isu yang dibangkitkan sepanjang tempoh
00:58kempen.
00:58Itu sebabnya saya nak dan saya nasihatkan kita punya petugas, kita punya penceramah, kita beri penerangan jika ada isu yang
01:09ditimbulkan, jika ada isu yang dibawa oleh mana-mana pihak, tugas dan tanggungjawab penceramah kita menerangkan dan memberikan penjelasan.
01:19supaya pengundi-pengundi khususnya orang ramai, walaupun bukan pengundi, mesti mendapat penerangan yang jelas supaya isu-isu yang dibawa itu
01:30dapat kita jelaskan supaya dia tidak mengelirukan sehingga menyebabkan orang hilang kepercayaan kepada kita.
01:38Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas program ramah mesra dan sarapan pagi bersama masyarakat Lendu di Durian Daun pada
01:47Isnin.
01:48Turut hadir calon barisan nasional bagi Dewan Undangan Negeri Lendu, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid.
01:54Terima kasih kerana menonton!

Recommended