Skip to playerSkip to main content
Lima berita. Lima perkembangan penting. Satu rangkuman untuk memulakan hari anda. Saksikan #NiagaFive untuk lima tajuk utama pilihan Niaga AWANI hari ini.
Transcript
00:18NIAGA AWANI
00:56NIAGA AWANI
01:00NIAGA AWANI
01:01Memandangkan 70% ekspor Malaysia tertumpu kepada 10 pasaran, terutamanya kesetuan Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan negara-negara Asia lain,
01:11terdapat keperluan bagi negara untuk meneroka destinasi alternatif.
01:15Kos tinggi pinjaman serta kelulusan yang lebih ketat dijangka memberi tekanan kepada pasaran hartanah kediaman di Malaysia pada 2027, memandangkan
01:25bank akan lebih berpilih dalam membayai pembelian hartanah.
01:28Pengarah urusan JLL Malaysia, Jamie Tan berkata, kemungkinan kenaikan kadar dasar semalaman OPR ditambah dengan amalan pemberian pinjaman yang lebih
01:38ketat, boleh menyukarkan bakal pembeli rumah untuk mendapatkan pembiayaan, terutamanya mereka yang sangat bergantung pada pinjaman perumahan dan gadai janji.
01:47Beliau berkata, sebarang kenaikan kadar faedah boleh menjejaskan segmen kediaman serta pasaran hartanah secara lebih meluas, memandangkan pembeli rumah bergantung
01:57pada pembiayaan gadai janji.
02:00Projek mega dan bangunan perlu mengambil kira kesejahteraan awam serta keperluan masyarakat.
02:05Kerajaan kegagalan berbuat demikian boleh mencetuskan kekecewaan dan rasa tidak puas hati, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
02:13Beliau berkata, transformasi industri pembinaan perlu menghasilkan manfaat nyata kepada masyarakat, termasuk penyediaan rumah mampu milik bagi memastikan pembangunan yang
02:23dilaksanakan seiring dengan usaha meningkatkan kesejahteraan majoriti penduduk.
02:27Anwar berkata, Rancangan Malaysia ke-13 RMK13 menetapkan sesaran penyediaan 500 ribu rumah mampu milik menjelang 2030 sebagai sebahagian daripada
02:39aspirasi lebih luas negara untuk menyediakan sejuta rumah dalam tempoh 2026 hingga 2035.
02:46Indeks pengeluaran perindustrian IPP Malaysia meningkat 6.3% dipacu terutamanya oleh output sektor pembuatan yang merekodkan nilai jualan berjumlah
02:58RM191.4 bilion.
03:01Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia Dozem, momentum positif IPP ini disokong oleh kenaikan output sektor pembuatan sebanyak 94% dan sektor
03:12penjanaan elektrik yang meningkat 10.7%.
03:15Sebaliknya, sektor pelombongan menyusut 94% berikutan dengan kejatuhan output bagi minyak mentah dan kondensit iaitu negatif 11.8%
03:26dan gas asli negatif 7.9%.
03:29Dari segi prestasi bulan ke bulan, IPP mencatatkan peningkatan 1.3% yang disokong oleh pertumbuhan 2.9% dalam
03:39sektor pembuatan.
03:41Institusi asing meneruskan tren pembelian bersih di Bursa Malaysia selama dua minggu berturut-turut meneruskan aliran masuk bersih sebanyak 381
03:50.3 juta dolar Amerika menurut MBSB Investment Bank Berhad.
03:55Dalam laporan aliran dana mingguannya pada minggu berakhir 6 November, MBSB maklumkan institusi asing merupakan pembeli bersih sepanjang lima hari
04:05dadangan dengan aliran masuk tertinggi dicatatkan pada selasa sebanyak RM152.4 juta.
04:11Tiga sektor utama dengan aliran masuk bersih daripada institusi asing ialah perkhidmatan keuangan RM249.5 juta, pengangkutan dan logistik RM199
04:23.8 juta dan pembinaan RM191.4 juta.
04:28Terima kasih kerana menonton!

Recommended