- 3 minutes ago
AWANI Borneo Ahad 15 November 2026 bersama Assim Hassan
1. GRS mohon PAC teliti penamatan model PDP Pan Borneo Sabah.
2. GPS umum senarai penuh 82 calon 25 November ini.
3. Manifesto PBDS hadkan jawatan premier hanya dua penggal
1. GRS mohon PAC teliti penamatan model PDP Pan Borneo Sabah.
2. GPS umum senarai penuh 82 calon 25 November ini.
3. Manifesto PBDS hadkan jawatan premier hanya dua penggal
Category
🗞
NewsTranscript
00:08Assalamualaikum dan salam sejahtera anda bersama saya Asim Hassan dalam Awani Borneo berikut tajuk utama untuk anda malam ini.
00:20GRS Mohon PAC Teliti Penamatan Model PDP Projek PenBorneo Sabah.
00:27Senarai penuh 82 calon GPS di umum 25 November ini.
00:35PBDS cadang had pegang jawatan premier dua penggal.
00:45Siasatan jawatan kuasa kira-kira wang negara PAC berhubung projek lebuh raya PenBorneo Fasa 1
00:53perlu meneliti keputusan penamatan model projek delivery partner PDP tahun 2019.
01:00Ahli Parlimen Papar Dato' Armizan Mohon Ali berkata perkara itu penting bagi mengenalpasti faktor sebenar yang menyumbang kepada kelewatan pelaksanaan
01:11projek berkenaan.
01:12Kita mengaluh-aluhkan keputusan PAC untuk membuat tindakan susulan melalui penyiasatan yang akan melibatkan pelbagai proseding
01:24untuk melihat, memastikan apa kelemahan, status projek PenBorneo.
01:33Namun kita ingin menyarankan supaya skop siasatan PAC ini diperluaskan.
01:41merangkumi aspek asas dan juga implikasi kepada penamatan PDP pada tahun 2019 yang cukup penting sebenarnya untuk diteliti isu berbangkit
01:58dan juga kesan daripada keputusan tersebut.
02:01Katanya ketidaktentuan status PDP selepas pertukaran kerajaan pada 2018 turut menimbulkan gangguan terhadap pelaksanaan kerja di lapangan
02:10termasuk proses pelantikan semula kontraktor.
02:13Subungan itu, Ahli Parlimen Kabungan Rakyat Sabah JIS akan mengemukakan memorandum kepada PAC bagi memastikan perkara berkenaan diberi perhatian dalam
02:21siasatan.
02:24Malaysia mengemukakan cadangan diplomasi sains dan dana jerebu mampan menerusi kerang kejawatan kuasa pemandu Menteri-Menteri Sub-Rantau MSC bagi
02:35memperkukuh kerjasama ASEAN menangani pencemaran jerebu rentas sempadan.
02:40Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua cadangan itu bertujuan meningkatkan kerjasama saintifik dan memperkukuh proses membuat keputusan
02:49berasaskan bukti.
02:52Perdana Menteri berkata, cadangan berkenaan juga bagi memastikan sokongan kewangan yang lebih mampan untuk pelaksanaan perjanjian ASEAN mengenai pencemaran jerebu
03:00rentas sempadan AATHP.
03:03Katanya usaha itu penting bagi memastikan tindakan menengani pencemaran jerebu dilaksanakan secara lebih tersusun menerusi kerjasama negara anggota.
03:12Anwar berkata, Malaysia berharap keutamaan berkenaan dapat terus dimajukan menerusi persidangan negara-negara pihak kepada AATHP.
03:20yang di jadual berlangsung pada Disember ini.
03:23Malaysia juga akan meneruskan usaha berkenaan menerusi kepengerusian MSC pada 2027.
03:30Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa ASEAN mempunyai tanggungjawab memperkukuh takbir urus rantau,
03:35memastikan penggunaan sumber biodiversiti secara mampat dan saksama serta melindunginya daripada eksploitasi dan penyelanggunaan oleh pihak luar.
03:43Katanya perlindungan biodiversiti bukan sekadar keperluan alam sekitar, malah turut berkait rapat dengan kedaulatan serantau.
03:52Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Sidang Kemunca ASEAN ke-49 di Manila, Filipina pada Ahad.
04:11Pengurusi Gabungan Parti Sarawak GPS Tan Sri Abang Joriton Oping akan mengumumkan senarai penuh 82 calon GPS yang bakal bertanding
04:20pada PRN Sarawak ke-13 pada 25 November ini.
04:25Penguruman itu sekaligus menjadi petunjuk terhadap barisan kepimpinan yang bakal ditampilkan GPS dalam usaha mempertahankan kerajaan negeri pada PRN 12
04:37Desember depan.
04:40Kita akan share dengan awak pada 25 bulan.
04:4325?
04:4425.
04:45Semua 82.
04:47Semua 82.
04:47Semua 82 calon.
04:49Ya, ya.
04:50Tunggulah.
04:51Akhirat ada upis saya nunggu kita.
04:53Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan konvensyen khas PBB Zon Selatan di pusat konvensyen Borneo Kuching pada Ahad.
05:03Abang Johari yang juga Presiden PBB beri bayangan bahawa senarai calon GPS akan menggabungkan tokoh berpengalaman dan muka baharu khususnya
05:12golongan muda.
05:13Beliau bagaimanapun tidak memperincikan nama-nama yang bakal ditampilkan sambil menegaskan bahawa setiap calon akan membawa mandat parti bukannya berjuang
05:22atas kepentingan individu.
05:24Jadi apa yang saya nak sebut di situ ialah budaya PBB mesti kita jaga.
05:32PBB berjaya bukan kena seorang.
05:37Kita hanya wakil parti kita.
05:41Sebab ialah semangat kita adalah semangat PBB.
05:45Kita mesti berjuang berterusan atas semangat PBB.
05:52Walaupun katakan Sik jadi calon.
05:56Tapi semangat kita.
05:59Kedainya orang lain nyukung kita.
06:01Kedaiyajua kita nyukung orang lain yang mewakil PBB.
06:07Sebab ialah bagi kita yang penting parti kita kuat, politik kita stabil, pendapatan kita cukup.
06:18Kita boleh berdikari.
06:23Selain PBB, GPS disertai tiga parti komponen iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak SUPP, Parti Demokratik Progresif PDB dan Parti Rakyat
06:34Sarawak PRS.
06:36Sebelum ini, Abang Johari telah memberi bayangan lapan penyandang GPS akan mempertahankan kerusi mereka iaitu Datuk Matin Ben, Datuk Fazruddin
06:44Abdul Rahman, Datuk Ibrahim Baki dan Datuk Hamzah Brahim daripada PBB.
06:49Manakala empat lagi daripada SUPP termasuk Timbalan Premier Datuk Amar Dr. Sim Kuihian, Datuk Lo Keqiang, Wilfred Yap serta Datuk
06:59Ding Kuong Hing.
07:01Tarikh penamaan calon bagi PRN Sarawak ke-13 ditetapkan pada 28 November 2026.
07:19Dan ini pula berkaitan PRN Sarawak yang mana barisan nasional BN tidak akan bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri
07:28Dun pada pilihan raya Negeri Sarawak ke-13.
07:31Penelusi BN, Datuk Suri Ahmad Zaid Hamidi berkata keputusan itu berdasarkan persefahaman antara UMNO dan Parti Pesaka Bumi Putera Bersatu
07:39PBB.
07:42Sarawak tahun seri Abang Johari Tun Oping menyindir pemimpin Parti Tindakan Demokratik DAP yang didakwa pernah menghalang agenda pembangunan infrastruktur
07:52Sarawak ketika Pakatan Harapan PH menerajui kerajaan persekutuan.
07:57Tanpa menyebut sebarang nama, Abang Joh membangkitkan keputusan kerajaan PH pada 2018 yang membatalkan tiga projek jambatan utama di Sarawak
08:07iaitu Batang Igan, Batang Lupar dan Batang Rambungan.
08:13Keputusan berpihak kepada kita, ya lah kita ada duit, kita cukai Petronas.
08:22Jadi kakak lebih kurang tiga empat bilion satu tahun tambahan.
08:29Dah berapa tahun dah tu?
08:32Ya, pakai molah jembatan ya.
08:37Cancel jembatan.
08:38Okey lah kau cancel, kami molah.
08:42Kau cancel tiga, kami molah 22 sekali.
08:51Yang kita tanggal,
08:54masuklah jembatan sejingkat ya.
08:58Ada yang orang komplain,
09:01kena kapal klasi dapat melimpas.
09:04Kena ada pelabuhan pendin.
09:07Bodoh.
09:12Kena kita malah pelabuhan baru.
09:16Not pendin lah.
09:17Dua ikan kapal dah habis dah.
09:20Ni ada, orang ikat kapal dua buah aja.
09:23Ekonomi kita berkembang.
09:26Ekspor kita bertambah.
09:27Kita berkendakkan pelabuhan baru.
09:32Ketika pembatalan itu,
09:34Kementerian Kewangan diterajui bekas setia usaha agung DAP Lim Guan Eng.
09:39Tegas Abang Johari,
09:40kerajaan GPS meneruskan pembangunan infrastruktur berkenaan
09:43dengan dana kerajaan negeri.
09:46Malah menyifatkan tindakan membina 22 jambatan
09:49sebagai bukti keupayaan Sarawak berdiri atas kaki sendiri.
09:53Sindiran itu turut dilihat dalam konteks pertikaian politik antara GPS dan DAP Sarawak,
09:59khususnya berhubung rancangan pembangunan projek transit aliran otonomi ART
10:04dan pelabuhan laut dalam di Tanjung Embang yang sebelum ini
10:07dipersoalkan pengerusi DAP Sarawak,
10:10Chong Cieng Jin.
10:11Sebab ialah ada wang nyuruh saya stop.
10:17Stop the development of Tanjung Embang.
10:22You are going to waste money.
10:25Stop ART.
10:28Kita nak jadi kucing clean,
10:31makin hidrogen.
10:33Hidrogen kini itu dah kentah.
10:34cara mengeluarkan hidrogen
10:37melalui elektronisis.
10:40Dah ada membran baru dah.
10:43Nyuruh kita stop.
10:44Semua stop.
10:47Yang namanya orang nyuruh kita diam di atas pokok lagi.
10:52Sebab ialah kita akan
10:54tidak berganjak
10:57untuk memodankan Sarawak
11:00supayanya bersaing dengan dunia.
11:03Beliau berkata demikian ketika berucap pada konvensyen khas PBB Zon Selatan di Kuching pada Ahad.
11:09Untuk rekod, GPS memperuntukkan RM7 bilion bagi pembinaan 22 jambatan di seluruh negeri.
11:16Setakat ini, 15 jambatan telah siap dibina dan dibuka kepada orang ramai
11:21iaitu jambatan Marudi, jambatan Batang Lassa, jambatan Tun Abdul Taik Mahmud di Bintul Jepak,
11:28jambatan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang di Batang Rajang,
11:32jambatan Batang Saribas 1, jambatan Sungai Lingga,
11:36jambatan Datuk Amar Jumaani, jambatan Batang Kemena di Sebau,
11:41jambatan Batang Lupar 1, jambatan Batang Paluh, jambatan Batang Lupar 2,
11:46jambatan Sungai Krian, jambatan Batang Igan, jambatan Sejingkat, serta jambatan Bandar Lawas.
11:58Jawatan Premier akan dihadkan kepada dua penggal.
12:02Itu janji yang dimuatkan dalam Manifesto Parti Bansa Dayak Bersatu PBDS.
12:08Presidennya Dr. John Brian Anthony berkata,
12:11agenda lain ialah menjadikan dayak sebagai pengarah tanah dan sevi,
12:16di Sarawak.
12:19Sekarang saya akan sebut satu dua perkara yang penting.
12:25Saya mahu
12:29kedudukan Premier
12:32dihadkan kepada
12:34dua penggal saja.
12:38Tidak boleh payah, susah.
12:42ada orang sampai mati pun mahu jadi Premier.
12:47Tidak boleh.
12:50Satu pemimpin, dua penggal saja boleh.
12:55Boleh?
12:55Tidak boleh.
12:56Mana ada Dalak pernah menjadi Director of Land and Survey?
13:01Tidak pernah.
13:03kalau kita ada kuasa menjadi kerajaan,
13:07kita mahu ganti
13:08dan kita kasih orang Dayak duduk sebagai Director of Land and Survey.
13:15Sukatannya Dayak,
13:16beri dia anak-anak semua.
13:21dan ini reaksi ringkas Premier Sarawak Tan Sri Abang Jori Ton Openg
13:25berhubung manifesto PBDS itu.
13:28Ya, mana katanya lah.
13:30Saya dah kenal-kenal dengan kita.
13:32Mana katanya lah.
13:33Ya, ada buku biru.
13:35Lupa.
13:38Cadangan Resonialisasi Universi Teknologi Mara UITM
13:43cawangan kampus Tawau
13:45tidak seharusnya membawa kepada penutupan operasi kampus itu.
13:50Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali berkata
13:53kepentingan UITM Tawau perlu dinilai
13:56melangkaui faktor jumlah kemasukan pelajar semasa.
14:01Sebaliknya turut mengambil kira tanggungjawab sosial kerajaan
14:04dalam menyediakan akses pendidikan tinggi
14:06di kawasan pantai Timur Sabah.
14:10Katanya kosnya tinggi perlu ditanggung pelajar
14:12sekiranya mereka terpaksa melanjutkan pengajian di luar kawasan itu
14:16sekaligus menjadikan keberadaan kampus berkenaan penting
14:19kepada masyarakat setempat.
14:20Beliau berkata antara langkah yang boleh dipertimbangkan
14:23termasuk meneliti semula kursus yang ditawarkan
14:25bagi meningkatkan kemasukan pelajar.
14:28Jadi kita fikir perlu dipertahankan UITM.
14:31proses rasionalisasi perlu tetapi tidak sehingga menyebabkan
14:37ditutup operasi UITM Tawau.
14:40Carilah kaedah dan saya juga akan bersama-sama dengan
14:44ahli parlimen GRS untuk mendapatkan maklumat sebenar
14:50daripada KPT.
14:52Beliau berpegang kepada komitmen Menteri Pendidikan Tinggi
14:54di parlimen pada 11 November lalu.
14:56proses rasionalisasi yang sedang dilaksanakan tidak melibatkan
15:00penutupan mana-mana kampus.
15:01Selain itu jelasnya beliau bersama wakil GRS akan mendapatkan
15:05maklumat lanjut daripada Kementerian Pendidikan Tinggi
15:07berhubung isu yang mendorong kajian rasionalisasi berkenaan.
15:12Sekian Awani Borneo. Salam hormat.
15:15Terima kasih kerana menonton!