00:00Kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara tidak hanya bergantung kepada kemajuan teknologi, kecerdasan buatan AI dan pelaburan besar semata-mata.
00:08Sebaliknya, turut bersandarkan kepada kekuatan akidah, ahlak dan pembentukan keperibadian rakyat.
00:14Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemajuan dalam bidang industri, teknologi dan digital penting bagi menjamin peluang pekerjaan selain
00:21meningkatkan taraf hidup rakyat,
00:22namun kekuatan sebenar negara turut bergantung kepada nilai kerohanian dan jati diri masyarakat.
00:28Anwar berkata Malaysia perlu mengimbangi aspirasi untuk meneroka kemajuan teknologi baharu dengan usaha memperkukuk asas agama, budaya dan tradisi bagi
00:37memastikan identiti negara terus terpelihara.
00:40Perdana Menteri berkata pendekatan itu turut menjadi asas kepada dasar kerajaan seperti yang digariskan dalam tema Belanjawan 2027 iaitu menggapai
00:48di langit, mengakar di bumi.
00:50Belanjawan 2027 iaitu menjaminkan komitmen kerajaan untuk meneroka kemajuan ilmu, teknologi, AI dan pendigitalan tanpa mengabaikan nilai serta asas yang
00:59membentuk keperibadian negara.