• 3 minutes ago
Genap empat tahun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan memikul amanah dalam mengemudi Malaysia, Anwar berkata kedudukan kewangan negara terus diperkemas, tatakelola diperbaiki, reformasi institusi digerakkan dan kebajikan rakyat terus diperkukuh.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan tinggi bahawa Kerajaan Madani berjaya membina asas yang lebih kukuh untuk Malaysia
00:08meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi dan kedudukan kewangan negara yang terbatas.
00:13Genap 4 tahun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan memikul amanah dalam mengemudi Malaysia.
00:18Anwar berkata, kedudukan kewangan negara terus diperkemas, tata kelola diperbaiki, reformasi institusi digerakkan dan kebajikan rakyat terus diperkukuh.
00:30Menerusi perkungsian di media sosial, Anwar berkata, 4 tahun bukanlah suatu tempoh yang singkat.
00:36Namun, beliau masih ingat betapa beratnya amanah tersebut, takkala negara sedang berdepan dengan pelbagai cabaran.
00:43Ujarnya, ekonomi tertekan, kedudukan kewangan negara terbatas, sementara rakyat pula bergelut dengan peningkatan kosar hidup.
00:52Selain itu, beliau berkata, kelemahan tata kelola dan amalan rasuah yang sekian lama berakar umbi turut menuntut keberanian untuk melakukan
01:00perubahan.
01:02Sejak hari pertama melangkah masuk ke Perdana Putera, beliau bertekad untuk memulihkan negara dan mengangkat lantai kehidupan rakyat.
01:10Jelas beliau, ia bukan suatu perjalanan yang mudah, namun amanah itu mesti terus digalas dengan penuh kesungguhan.
01:18Beliau pada masa sama bersyukur apabila sepanjang 4 tahun ini, beliau bersama seluruh rakyat Malaysia telah bersama-sama membina asas
01:25yang lebih kukuh untuk Malaysia.
01:27Beliau menegaskan perjalanan itu masih jauh dan banyak lagi yang sedang diusahkan memandangkan ukuran sebenar kemajuan negara adalah apabila kehidupan
01:36setiap keluarga menjadi lebih baik, rezeki lebih terjamin dan masa depan anak-anak lebih terbila.
01:43Dengan asas yang telah dibina, beliau yakin rakyat Malaysia mampu melangkah lebih jauh, meringankan beban rakyat dan membuka lebih banyak
01:51ruang serta peluang yang adil untuk semua.
01:54Anwar sumbongan itu merakamkan perhargaan dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas kesabaran, teguran, doa dan kepercayaan sepanjang beliau mengemudi
02:04kerajaan Madani.
02:06Selagi diberi amanah ini, beliau akan mencurahkan segala daya dan upaya demi rakyat dan negara yang beliau cintai.
02:13Mengakhiri perkongsian tersebut, Anwar berkata, Perdana Menteri boleh datang dan pergi tetapi nasib rakyat mesti terus dibela dan martabat negara
02:23mesti terus diangkat.

Recommended