Sebanyak RM984,644.80 diagihkan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi pembangunan usahawan dalam kalangan asnaf miskin pada 2025, melibatkan 264 penerima manfaat, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, daripada jumlah itu, RM920,253 disalurkan menerusi Skim Modal dan Peralatan Perniagaan manakala RM64,391.80 bagi pelaksanaan Kursus Persediaan Usahawan Asnaf.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806367/edisi/utara/rm984644-diagih-bantu-264-usahawan-asnaf-pulau-pinang

Muzik: Elevate oleh Bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #zakatpulaupinang #agihanzakat
Transcript
00:00Sebanyak RM984,644.80 diagihkan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
00:09bagi pembangunan usahawan dalam kalangan asnaf miskin pada 2025
00:13melibatkan 264 penerima manfaat.
00:18Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr. Muhammad Abdul Hamid berkata
00:22daripada jumlah itu, RM920,253 disalurkan menerusi skim modal
00:29dan peralatan perniagaan manakala RM64,391.80
00:34bagi pelaksanaan kursus persediaan usahawan asnaf.
00:39Menurutnya, usaha berkenaan merupakan antara pendekatan institusi Zakat
00:43dalam menyediakan peluang ekonomi kepada golongan asnaf khususnya
00:47bagi membantu mereka membina sumber pendapatan sendiri,
00:51meningkatkan taraf kehidupan serta mengembangkan perniagaan secara mampan.
00:55Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Usahawan
01:00dan Alumni Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional
01:03TVET Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2026
01:07di The Light Hotel Seberang Jaya pada Jumaat.
01:10Saya nak berterima kasih kepada Zakat bagikan saya luang dalam bidang kemahiran ini
01:19iaitu lebih kepada Kipalan ini.
01:22Terima kasih kepada Zakat sebab saya dapat kerja di tempat yang agak jauh
01:27dan juga berpendapatan yang agak tinggi.
01:31ialah supaya saya boleh dapat membantu balik orang-orang yang
01:35golongan-golongan yang lain, golongan-golongan asnaf dan semua.
01:40Jangan putus asa.
01:41Walaupun satu benda itu kita nampak macam titik paling terendah kita
01:46tetap jangan putus asa.
01:48Berdoa kepada yang satu di atas iaitu Ya Allah SWT.
01:52Banyak doa, banyak sembahyang kita.
01:55Saya cuma nak ucapkan terima kasih kepada pihak Zakat Pulau Pinang
01:59sebab melalui Zakat yang saya boleh kembangkan lagi
02:03dan tunjukkan lagi saya punya peniagaan ini.
02:08Maksudnya semua dari Zakat lah.
02:10Dari segi bantuan modal, daripada kursus-kursus yang dianjurkan,
02:15kursus marketing, kursus pemasaran, semua saya join.
02:18Jadi semua itu adalah Dada Isan daripada pembayar-pembayar Zakat lah.
02:21Saya berterima kasih lah sebab saya alhamdulillah dengan diri orang tanah
02:24saya pun jadi pembayar Zakat.

Recommended