KPKT sasar satu pasar awam setiap negeri jadi produk pelancongan

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya sebuah pasar awam di setiap negeri dibangunkan sebagai mercu tanda dan destinasi pelancongan bagi menarik lebih ramai pengunjung, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, sasaran itu memberi tumpuan kepada pasar awam berpotensi, khususnya di kawasan pelancongan serta ibu negeri menerusi pendekatan transformasi reka bentuk dan kemudahan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806572/berita/nasional/kpkt-sasar-satu-pasar-awam-setiap-negeri-jadi-produk-pelancongan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #kpkt #pasarawam #produkpelancongan
Transcript
00:06Kita fokuskan pasar pertama, iaitu pasar-pasar Yebo Potensi.
00:11Pasnya pertama di kawasan pelancongan, kedua di Ibu Negeri.
00:16Ini adalah dua-dua target, iaitu setiap negeri akan mempunyai sebuah pasar yang menjadi destinasi pelancongan.
00:23Sebenarnya kita telah berjaya, di mana kejayaan pertama adalah di negeri Terengganu, Kuala Terengganu.
00:33KPKT telah memperuntukkan RM79 juta, pasar payang yang telah pun berjaya menjadi destinasi pelancongan,
00:42malahan menjadi pusat membeli batik lekuh Terengganu.
00:46Memang kini telah terkenal, saya telah rasmikan tahun lepas.
00:50Ini adalah antara kejayaan.
00:53Kita sekarang sasarkan, setiap Ibu Negeri, sekurang-kurang sebuah pasar itu memang boleh dijadikan lemak
01:00ataupun destinasi pelancongan yang mampu menalik lebih ramai lagi.
01:05Seperti di Ibu Kota, kita kini ada Central Market.
01:08Central Market memang antara tarikan pelancongan yang hebat dan payang di Kuala Terengganu.
01:14Ibu, saya yakin selepas pembinaan pasar besar Ibu,
01:20juga mampu dijadikan proses transformasi.
01:24Ibu, malahan boleh buat juga pameran seni, pameran kraf tangan untuk lebih ramai orang masuk.
01:31Khususnya pelancaran batik perak oleh Tuan Ku, Sultan Perak tahun minggu lepas.
01:36Mata pusat pasar ini boleh juga ada proses transformasi menjadi pusat jualan batik perak
01:43yang boleh kita bangunkan bersama.
01:50Terima kasih kerana menonton!

Recommended