Gamuda Bhd memaklumkan, amanat Lebuhraya Rakyat Bhd (ALR) dan empat syarikat konsesi lebuh raya telah bersetuju untuk melanjutkan tarikh pelaksanaan Perjanjian Definitif dari 31 Julai, 2022 kepada 30 Ogos, 2022.
Gamuda dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, walaupun tarikh akhir untuk pelaksanaan itu dilanjutkan, lembaga pengarah berhasrat untuk melaksanakan Perjanjian Definitif pada atau sebelum 5 Ogos, 2022.