Perkhidmatan pemasangan dan penyelenggaraan internet kini dibenarkan beroperasi di premis di dalam zon hijau iaitu kawasan yang tiada sebarang kes positif COVID-19.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan malam tadi, memaklumkan, perkhidmatan yang dibenarkan, termasuk kerja pemasangan jalur lebar talian tetap, pembaikan, penyelenggaraan rangkaian dan pemasangan infrastruktur baharu.