Skip to playerSkip to main content
  • 2 years ago
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Windhoek memperkenalkan buah-buahan tropika premium seperti Musang King dan Harum Manis kepada pasaran Namibia dalam program promosi makanan edisi ketiga, sambil mengukuhkan kerjasama dua hala dalam sektor pertanian.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Winhok pada Isnin menganjurkan edisi ketiga program promosi buah-buahan dan makanan.
00:08Edisi kali ini memperkenalkan buah-buahan premium tempatan yang popular kepada pasaran Namibia.
00:13Antara buah-buahan tropika yang dipamerkan termasuk durian musangking, mangga harum manis, nangkemadu, jambu lohan dan limau bali.
00:23Seramai kira-kira 200 tetamu yang hadir pada majlis itu di Suruhanjaya Tinggi Malaysia.
00:27Kuasa Usaha Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Namibia, Datuk Dr. Mohd Rami Siahaya berkata,
00:33program itu menandakan langkah penting dalam usaha Malaysia memperkenalkan buah-buahan premium tempatan ke pasaran tempatan Namibia.
00:40Beliau berkata inisiatif itu turut bertujuan mengukuhkan kerjasama dua hada antara Malaysia dan Namibia.
00:45Ini khususnya dalam sektor pertanian dengan membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Namibia menjadi pengedar buah-buahan dan produk makanan Malaysia di negara itu dan pasaran Afrika sekitarnya.
00:54Beliau turut memaklumkan bahawa perbincangan sedang diadakan bersama pihak berkuasa pertanian Namibia dan pengedar yang berminat bagi membawa masuk buah-buahan lain.
01:03Demonstrasi masakan menggunakan buah-buahan tropikal turut diadakan semasa program tersebut.
01:07Program pada Isnin itu meneruskan kejayaan...

Recommended