00:00Enam individu ditahan kerana disyaki memukul serta memberi dadah kepada penghuni sebuah pusat jagaan warga emas tidak berdaftar di sebuah perkampungan di Bulgaria.
00:10Menurut pihak berkuasa, lima suspek ditahan ketika serbuan dilakukan di pusat jagaan itu Jumaat lalu, manakala seorang lagi ditahan pada Ahad.
00:21Pusat jagaan yang terletak di kampung Yagoda itu mempunyai 75 penghuni, termasuk pesakit dimensia dan masalah kesihatan mental lain.
00:30Menurut pendakwa raya daerah, Tanya Dimitrova, kesemua suspek didakwa atas beberapa pertuduhan, termasuk memenjarakan orang secara tidak sah dan menghalang pergerakan bebas, gagal memberi bantuan kepada individu dalam bahaya, melakukan keganasan fizikal dan menyebabkan kecederaan badan.
00:48Sebelas pesakit telah dipindahkan ke hospital kerajaan, manakala baki 64 orang lagi telah diambil oleh ahli keluarga atau ditempatkan di pusat jagaan kendalian kerajaan.
00:58Terdahulu, media tempatan melaporkan terdapat pesakit yang ditemui dalam keadaan kaki diikat, berada di bawah pengaruh dadah atau dikurung dalam bilik yang kotor dan tempat tidur yang sempurna.
01:10Pusat jagaan tersebut menggunakan bayaran sebanyak $580 Amerika sebulan bagi setiap bilik.
01:17Sebuah lagi pusat jagaan haram di Goverdart Sea yang menempatkan 23 pesakit turut ditutup pada Isnin.