Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Laporan awal menunjukkan bahawa tentera Israel telah melancarkan serangan udara di enam lokasi berbeza di seluruh Iran

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, persoalan kini tertumpu kepada di manakah Israel telah menyerang di Iran.
00:04Laporan awal menunjukkan bahawa tentera Israel telah melancarkan serangan udara di enam lokasi berbeza di seluruh Iran.
00:12Bidia Rasmi Iran melaporkan bahawa sekurang-kurangnya dua gelombang serangan telah berlaku dalam beberapa jam kebelakangan ini.
00:19Dan menurut laporan yang belum disahkan, gelombang ketiga serangan mungkin sedang berlangsung.
00:24Jadi serangan telah disahkan berlaku di lokasi-lokasi seperti berikut.
00:28Jadi kalau terlihat di Teheran, di sini adalah antara lokasi yang ibu negara Iran serta tapak-tapak ketenteraan di kawasan sekitarnya.
00:40Dan di Natanz juga yang berada di sekitar sini, di selatan Teheran, lokasi utama kemudahan pengayaan uranium Iran yang menjadi sasaran tentera Israel.
00:49Dari Tabriz di barat laut Teheran pula, letopan dilaporkan berhampiran pusat penyelidikan di pusat penyelidikan nuklear dan dua pangkalan tentera.
00:58Dan di Isfahan pula, bandar di selatan Teheran yang turut menjadi sasaran.
01:05Jadi arak terletak di sini, yang di barat daya Teheran juga diserang.
01:09Dan di Karmansyah pula.
01:11Maafkan saya.
01:21Di Karmansyah di barat Teheran pula, yang turut menjadi lokasi serangan.
01:26Jadi ini adalah lokasi-lokasi serangan yang telah diterjejas akibat daripada serangan berdasarkan laporan media dan antarabangsa.
01:34Dan gambar dan video kini telah mula tular di media sosial memaparkan bangunan infrastruktur di Teheran yang terbakar dan musnah akibat daripada serangan.
01:43Jadi Israel mendakwa bahawa serangan disasarkan kepada fasiliti dan kemudahan nuklear Iran serta pemimpin kanan tentera dan saintis Iran.
01:51Namun terdapat laporan media antarabangsa menyatakan terdapat orang awam yang turut sama terbunuh dalam serangan itu.
01:57Jadi serangan udara Israel ke atas Teheran awal pagi tadi menadakan satu lagi episod berisiko tinggi dalam konflik yang semakin memuncak antara dua kuasa besar di Asia Barat.
02:08Jadi beberapa letupan dilaporkan berlaku berhampiran fasiliti nuklear utama Iran sekaligus mencetuskan kebimbangan global tentang potensi tindak balas Iran dan impaknya terhadap kestabilan serantau.
02:20Jadi justru apakah bentuk respons yang boleh kita jangkakan daripada Teheran dalam hari-hari mendatang dan sejauh mana kuasa besar dunia seperti AS mampu mengasingkan diri daripada krisis yang berisiko menjerumuskan rantau itu ke kancah peperangan terbuka.

Recommended