00:00Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil pendidikan tegas dalam menangani isu pedofilia melibatkan murid sekolah.
00:07Tidakai itu, susulan laporan mengenai media mengenai kewujudan halaman media sosial yang memaparkan gambar pelajar dalam konteks tidak bermoral.
00:17Menteri Pendidikan Fadlina Siddi menegaskan bahawa kewujudan halaman sosial berunsur pedofilia termasuk kandungan lucah dan tidak bermoral yang melibatkan murid sekolah adalah perkara serius yang perlu dibendung segera.
00:30Belum menggesa orang ramai untuk segera melaporkan halaman-halaman sedemikian kepada pihak berkuasa.
00:35KPM terus menekankan bahawa semua institusi pendidikan di bawah kementerian wajib mematuhi garis panduan sedia ada bagi menangani isu gangguan seksual.
00:44Selain itu, perkhidmatan sokongan psikososial di sekolah perlu terus diperkukuh bagi memberi pelindungan dan bantuan sewajarnya kepada murid.
00:52Sebagai langkah pencegahan jangka panjang, KPM akan menambah tempoh masa pengajaran bagi modul garis panduan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial peers dalam pelaksanaan kurikulum persekolahan 2027.
01:05Modul yang dilancarkan pada November lalu itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan reproduktif dalam kalangan murid, guru dan ibu bapa.
01:14Fadlina turut mengingatkan bahawa pendidikan dan pelindungan anak-anak bukan sahaja terletak di bahu sekolah tetapi juga memerlukan peranan aktif daripada ibu bapa.
01:25Justru beliau menyeru agar ibu bapa lebih proaktif mendidik serta melindungi anak-anak daripada sebarang bentuk gangguan seksual sambil menegaskan bahawa mereka bertanggungjawab memastikan maruah anak-anak terus terpelihara.
01:37Terima kasih kerana menonton!