Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Mesyuarat berkenaan yang menghimpunkan wakil daripada 10 negara anggota ASEAN dipengerusikan Ketua Audit Negara Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Audit ASEAN.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Assalamualaikum, salam sejahtera dan anda sedang menonton ASEAN 25.
00:03Malaysia mempenguruskan mesyuarat Jabatan Kuasa Audit ASEAN ke-50 yang berlangsung hari ini di Jakarta, Indonesia.
00:09Mesyuarat berkenaan yang menghimpunkan wakil daripada 10 negara anggota ASEAN
00:13dipenguruskan Ketua Audit Negara, Datuk Sri Wan Suraya Wan Mohd Radzi,
00:18merangkap pengerusi Jabatan Kuasa Audit ASEAN.
00:23Jabatan Audit Negara dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan
00:27mesyuarat itu diadakan untuk meneliti, membuat susulan dan mencadangkan penambahbaikan
00:32berkaitan penyata kewangan beraudit, penilaian operasi, sistem pengurusan risiko dan kawalan dalaman Sekretariat ASEAN.
00:39Selain itu, mesyuarat tersebut juga membincangkan rancangan audit tahunan dan laporan audit dalam
00:44berkaitan operasi Sekretariat ASEAN.
00:47Ia bagi memastikan tindakan penambahbaikan diambil secara berterusan
00:51agar keberkesanan kawalan dalaman dan tahap kecekapan operasinya dapat dipertingkatkan.
00:56Tambah kenyataan itu, sebagai pengurusi mesyuarat, Malaysia komited memainkan peranan aktif
01:02dalam menegakkan prinsip ketelusan, accountability dan integrity bagi meningkatkan
01:07keyakinan pihak berkepentingan dan memacu daya tahan ASEAN
01:10selaras dengan tema Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 iaitu Keterangkuman dan Kemampanan.
01:16Jabatan itu memaklumkan dengan kerjasama erat daripada semua negara anggota ASEAN,
01:21mesyuarat tersebut diharapkan dapat memperkukuh tata kelola pengurusan kewangan Sekretariat ASEAN.
01:27Hasil mesyuarat itu seterusnya akan dibentangkan kepada jawatan kuasa wakil-wakil tetap ke ASEAN.

Recommended