Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
ASEAN dan Norway berikrar untuk memperkukuh kerjasama menerusi pelan tindakan baharu 2026–2030, susulan lawatan kerja Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn ke Oslo minggu ini sempena ulang tahun ke-10 hubungan rasmi kedua-dua pihak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00ASEAN dan Norway berikrar untuk memperkeku kerjasama menerusi Plan Tindakan Baharu 2026-2030.
00:08Susulan Lawatan Kerja Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Carl Kim Hon ke Oslo,
00:13minggu ini menjelang ulang tahun ke-10 hubungan rasmi kedua-dua pihak.
00:17Dalam kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat ASEAN,
00:19lawatan empat hari yang berakhir pada 12 Jun atas jemputan kerajaan Norway itu
00:23menandakan perkembangan hubungan ASEAN-NORWEA sejak pelancaran perkongsian dialog sektoral pada 2015.
00:30Menurut kenyataan itu, lawatan tersebut menunjukkan keluasan dan kedalaman hubungan ASEAN-NORWEA
00:37serta mengukuhkan lagi komitmen bersama kedua-dua pihak untuk mempertingkatkan perkongsian sedia ada.
00:43Kedua-dua pihak turut menantikan pementerian bidang kerjasama praktikal ASEAN-NORWEA 2026-2030
00:49yang bercita-cita tinggi namun praktikal serta boleh dilaksanakan
00:53sekaligus menjadi kerangka untuk kerjasama konkret pada masa depan.
00:57Lawatan itu turut menyalahkan kerjasama pelbagai bidang antara ASEAN dan Norway
01:02sejak hubungan perkongsian dialog sektoral dimeterai pada 2015.
01:07Ia juga mencerminkan komitmen bersama ke arah memperkukuh kerjasama
01:11dalam pengurusan laut secara mampan dan peralihan hijau,
01:14perdagangan dan pelaburan, serta dalam keamanan, pengurusan konflik dan hak asasi manusia.
01:19Semasa di Oslo, kaum mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Norway, Jonas Gastore,
01:25bagi membincangkan perkembangan serantau dan global, perdagangan dan pelaburan,
01:29serta usaha bersama dalam takbir urus laut yang lestari dan ekonomi biru.
01:34Kedua-dua pihak turut mengulangi sokongan terhadap perintah antarbangsa,
01:37berasaskan peraturan serta komited untuk memajukan kerjasama praktikal
01:42di bawah tinjauan ASEAN mengenai Indo-Pasifik atau AUIP
01:45termasuk menegaskan kepentingan pemusatan ASEAN dan rangka kerjasama yang inklusif.

Recommended