Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
PETRONAS berkata kontrak tersebut ditawarkan menerusi bahagiannya, MPM, di bawah Pusingan Bidaan Malaysia 2025 (MBR 2025) yang dilancarkan awal tahun ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Petronas menerusi pengurusan Petroleum Malaysia MPM telah menganugerahkan kontrak perkongsian pengeluaran aset medan kecil SFA PSC bagi kluster mutiara di luar pantai Sabah.
00:13Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Petronas berkata kontrak itu ditawarkan menerusi bahagiannya MPM di bawah Pusingan Bidaan Malaysia 2025, MBR 2025 yang dilancarkan awal tahun ini.
00:28Kontrak itu yang meliputi kawasan subblok dalam lembangan sandakan telah dianugerahkan kepada Dialog Resources dan Berhad yang akan bertindak sebagai pengendali tunggal dengan 100% kepentingan penyertaan dalam blok itu.
00:44Keluster mutiara iaitu PSC pertama dianugerahkan di bawah MBR 2025 dijangka memulakan pengeluaran menjelang 2029.
00:55Petronas terus mengulangi komitmennya untuk memastikan bekalan tenaga yang mampan dan optimum dengan MPM memainkan peranan penting dalam menguruskan sumber Petroleum Negara.
01:06Sementara itu dengan kedudukannya yang strategik di luar pantai Timur Sabah, kontrak itu dijangka menjadi pemangkin untuk membuka lebih banyak peluang penerokaan di lembangan sandakan.

Recommended