Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Kesemua negara anggota ASEAN bersetuju untuk tidak terkecuali dalam mengambil bahagian, dan menjaga kepentingan rantau ini di kawasan Indo-Pasifik, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kesemua negara anggota ASEAN bersetuju untuk tidak terkecuali dalam mengambil bahagian dan menjaga kepentingan rantau ini di kawasan Indo-Pasifik.
00:09Menteri Luar Datuk Seri Mohd Hassan berkata, keputusan itu penting dibuat berdasarkan kerangka ASEAN Outlook on the Indo-Pasifik
00:16memandangkan wujudnya pelbagai mekanisme negara luar di kawasan tersebut antaranya AUKUS iaitu Pakatan Keselamatan Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
00:25Mohd berkata wujud juga Pakatan Multilateral lain seperti Dialog Strategik Kuat melibatkan empat negara,
00:33Strategi Indo-Pasifik Satuan Eropah, Kerjasama Ekonomi Strategik untuk Kemamoran IPEF dan Indo-Pasifik 4 melibatkan empat anggota NATO iaitu Korea Selatan, Jepun, New Zealand dan Australia.
00:45Kerana berbagai-bagai mekanisme yang telah pun diwujudkan termasuk AUKUS iaitu tiga buah negara Amerika, UK dan Australia
00:55mengadakan kerangka pertahanan bersama mereka termasuk kuatnya empat negara iaitu India, Amerika, Australia dan juga negara Jepun.
01:07Jadi ini merupakan suatu kerangka yang ASEAN mesti mengambil bahagian.
01:13Maka itu sebab wujudnya ASEAN outlook on Indo-Pasifik kerana ia perlu kita suaikan diri dan menjadi sebagai suatu pemain utama
01:24untuk kita memastikan kawasan Indo-Pasifik ini terus bebas, aman dan berkecuali.
01:29Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dato' Muhammad Syahar Abdullah BN Paya Besar di Dewan Rakyat
01:36yang mahu tahu pendirian kerajaan tentang kewujudan pelbagai pakatan multilateralism di Indo-Pasifik.
01:42Dalam benda itu, Muhammad berkata Malaysia akan terus memainkan peranan sebagai sebuah negara yang proaktif
01:47dan menyumbang dengan secara positif terhadap keamanan dan kestabilan Indo-Pasifik selaras dengan prinsip bebas berkecuali.
01:54Malaysia tambahnya akan mempergiatkan aktiviti diplomasi seperti memperkukuhkan ASEAN sebagai pemegang taruh utama Indo-Pasifik,
02:02menyesuaikan dasar luar dengan realiti geopolitik baru, meningkatkan keupayaan diplomasi, ekonomi dan keselamatan.

Recommended