Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Zaim Ikhwan Zahari, daripada pertuduhan mengabaikan anaknya yang merupakan kanak-kanak autistik, dua tahun lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, seterusnya Mahkamah Session Taling Jaya melepas dan membebaskan bapa kepada Allah Yang Raham Zain Rayan Abdul Matin iaitu Zaim Ikhwan Zahari daripada pertuduhan mengabaikan anaknya yang merupakan kanak-kanak autistik dua tahun lepas.
00:14Bagaimanapun istrinya Ismanira Abdul Manaf diperintah untuk membela diri selepas mahkamah mendapati terdapat kes prima fasi terhadapnya.
00:23Hakim Syahli Zawarno membuat putusan itu selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan serta meneliti keterangan 28 saksi sepanjang perbicaraan berlansung.
00:36Menurut Hakim, pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen perabayan terhadap Zaim namun berjaya menunjukkan bukti mencukupi terhadap Ismanira bagi perbicaraan diteruskan.
00:46Ismanira kemudian memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi dan pihak pendakwaan boleh menyoal balas tertuduh.
00:54Pada 13 Jun tahun lepas, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pengabayan terhadap anak mereka di Mahkamah Session Talenjaya.
01:03Mengikut pertuduhan pindaan, pasangan itu didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zin Ryan telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
01:14Salahan itu didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsepuri Idaman di Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan antara jam 12.30 5 Disember 2023 hingga jam 9.55 malam keesokannya.
01:27Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 31, Subsection 1, Subsection A Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31, Subsection 1 Akta Sama.
01:38dibaca bersama Seksyen 34 Kalun Kesiksaan yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
01:51Pada 6 Disember 2023, Zin Ryan ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Pangsepuri Idaman pada jam 10 malam.

Recommended