00:00Langkah kerajaan menaikkan gaji minimum kepada RM1,700 disifatkan sebagai langkah penting dalam usaha merapatkan jurang pendapatan antara penduduk di bandar dan luar bandar.
00:14Menurut Presiden Kebangsaan Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana SME Malaysia, Dr. Chin Chi Siong, peningkatan itu menjadi asas kepada kehidupan yang lebih selesa bagi rakyat di luar bandar yang selama ini ketinggalan dari segi kemudahan dan peluang ekonomi.
00:30Tegas beliau pertumbuhan ekonomi negara yang diukur melalui angka keluaran dalam negara kasar KDNK tidak memberi makna sekiranya rakyat tidak merasai manfaat secara langsung dalam kehidupan seharian mereka.
00:43So untuk kita kalau nak katakan orang di tempat macam KL Selengor itu kita hidup selera tanpa kesusahan yang lebih lah katakan tak ada banjir banyak, tak ada elektrisi tinggi memang cukup, tempat infrastruktur memang bagus.
01:01Tetapi dekat Kelantan, dekat Tengangu memang infrastruktur ada masalah. Setiap kali ada monsum saja dia ada kebualan banjir.
01:10So yang pentingnya bukan pasal pendapatan saja. Dia juga merasakan kehidupannya senang pada kehidupan hariannya senang.
01:22Kalau hidup normal, mereka akan merasai hidup selesa.
01:28Selain pendapatan, beliau turut menekankan kepentingan infrastruktur dan pendidikan dalam meningkatkan kualiti hidup terutama di luar bandar.
01:36Ini termasuk akses kepada pendidikan juga masih tidak seimbang di mana murid di bandar menikmati kemudahan dan sistem pendidikan yang lebih baik berbanding mereka di luar bandar
01:45sekaligus melebarkan jurang pencapaian antara kedua-dua kelompok pelajar.