• 1 year ago
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang membawa maksud mempertahankan hak warga asing dalam penyasaran subsidi RON95.
Transcript
00:00Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang membawa maksud mempertahankan hak warga asing dalam penyasaran subsidi RUN95.
00:12Dalam satu perkongsian di laman media sosialnya, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, Perikatan Nasional konsisten sejak dahulu bahawa manfaat pelaksanaan subsidi harus diberikan keutamaan terhadap kepentingan rakyat.
00:25Justeru beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuktikan bahawa beliau pernah membuat kenyataan seperti itu atau buat permohonan maaf.
00:37Jadi itulah kenyataan yang saya nak jelaskan dengan tegas bahawa saya tak pernah mengeluarkan kenyataan baik dalam PC, kenyataan media ataupun di mana-mana saja tentang perkara yang bagi saya adalah suatu kenyataan yang bohong,
00:54yang tidak betul. Jadi saya nafikan sekeras-kerasnya.
00:59Sidang Dewa Rakyat hari ini, Perdana Menteri berkata ada Ahli Parlimen daripada pembangkang yang mempertahankan hak warga asing dalam mendapat manfaat penyalarasan subsidi.
01:11Bagaimanapun, Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rasul Wahid Bangkit meminta Perdana Menteri untuk mendedahkan identiti sebenar Ahli Parlimen yang didakwa berbuat demikian.
01:22Bagaimanapun kata Perdana Menteri, Rasul sepatutnya membaca terlebih dahulu kenyataan yang didakwa daripada Muhyiddin berhubung perkara tersebut.
01:33Terima kasih.
01:34Terima kasih.
01:35Terima kasih.

Recommended