• 1 year ago
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) perlu sentiasa berada dalam kesiapsiagaan, dilengkapi dengan pengetahuan serta kemahiran terkini bagi berdepan cabaran penyalahgunaan dadah yang kompleks.

Transcript
00:00Pegawai agensi anti-dadah kebangsaan AADK perlu sentiasa siap siaga, dilengkapi dengan pengetahuan serta kemahiran terkini bagi berdepan cabaran penyalahgunaan dadah yang kompleks.
00:13Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, isu dadah di negara ini telah berlarutan lebih 4 dekad, namun terus berevolusi seiring perubahan jenis dan corak ketagihan.
00:26Menurutnya, dadah sintetik menjadi cabaran utama menggantikan dadah konvensional yang lebih lazim sebelum ini.
00:34Pegawai AADK yang menguruskan pusat pemulihan ini, mereka menerima klien yang mempunyai rencam atau kepelbagaian dari segi sintem ketagihan, dari segi magnitude ketagihan mereka, puncanya dan segala macam.
00:55Jadi, menguruskannya juga harus mempunyai kepakaran atau kemahiran yang juga setara.
01:04Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis AIDIN kepulihan anjuran AADK di Kajang pada serasa.
01:12Tambah beliau, AADK turut mensasarkan kadar pemulihan 80% dalam masa terdekat.
01:16Jadi, kita mesti pertahankan angka itu. Jangan sampai turun. Meningkat lagi, lebih baik.
01:24Jadi, 80% adalah angka yang saya anggap sebagai secara munasabahnya, angka yang baik.
01:31Usaha merawat pulih klien tidak seharusnya diletakkan di atas tanggungjawab agensi semata-mata.
01:39Semua pihak seperti komuniti, masyarakat, keluarga dan NGO seharusnya bergening bahu agar momentum pemulihan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
01:48Sefak Mal Estrawani

Recommended