00:00Sementara itu, pasukan pembelaan Ismanira menutup kesnya selepas memanggil lima saksi bagi memberi keterangan.
00:07Peguam Harish Mahadevan yang mewakili Ismanira memaklumkan pada mahkamah bahawa pihak pembelaan menutup kes selepas doktor pakar psikologi kanak-kanak, Dr. Nur Aisyah Rusli, selesai memberi keterangan.
00:19Sehubungan itu, mahkamah akan membuat keputusan pada akhir kes pembelaan pada 31 Oktober ini, sama ada untuk mensabitkan atau membebaskan Ismanira daripada pertuduhan perkenaan.
00:28Pada 21 Julai lepas, Ismanira diperintahkan membela diri atas pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes primafasi terhadap tertuduh pada akhir kes pendakwaan.
00:40Ismanira memberi keterangan membela diri selama tiga hari bermula 21 Julai lepas.