• 1 year ago
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak menahan reman dua pemilk syarikat kerana disyaki meminta dan menerima rasuah lebih RM800,000 daripada seorang individu.

Ia sebagai balasan membantu menguruskan permohonan mendapatkan lot tanah di daerah Kuching dari agensi Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.

Category

🗞
News
Transcript
00:01Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM Sarawak menahan Rehman dua pemilik syarikat kerana disyaki meminta dan menerima rasuah lebih RM800,000 daripada seorang individu.
00:14Perbuatan itu sebagai balasan membantu menguruskan permohonan mendapatkan lot tanah di daerah Kuching daripada Agensi Jawatan Tanah dan Survei Sarawak.
00:22Perintah Rehman enam hari sehingga 11 Ogos ini terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan Magistret Ling Hui Chuan selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Magistret Dua Kuching pada Selasa.
00:36Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan lima puluhan ditahan kira-kira jam 8 malam Isnin ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sarawak.
00:47Siasatan awal mendapati mereka disyaki bersubahat sebagai dorongan membantu menguruskan permohonan mendapatkan lot tanah di daerah Kuching bagi tujuan pembangunan komersial sedangkan permohonan itu tidak pernah wujud.
01:02Kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar tahun 2020 hingga 2021.
01:10Pengarah SPRM Sarawak Hasbillah Mohd Salih berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16-E-E Akta SPRM 2009.

Recommended