• 1 year ago
Tiga pempengaruh disiasat MCMC selepas video memberi sisa makanan kepada gelandangan tular dan disifatkan jelik serta menyentuh sensitiviti masyarakat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC telah merakam keterangan tiga individu disyaki pempengaruh media sosial.
00:09Berhubung penyebaran video yang memaparkan, mereka memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan.
00:16Menurut satu kenyataan, MCMC memaklumkan keterangan dan siasatan lanjut berhubung perkara itu dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri Johor pada Selasa.
00:26Selain itu, tiga telefon bimbit dan tiga kad SIM bagi membantu siasatan turut disita.
00:33Menurut MCMC, kandungan video itu dipercayai bersifat jelik melampau dan mencetuskan kemarahan serta kecaman meluas dalam kalangan warganet.
00:44Antara lain, menyentuh sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini.
00:48Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
00:53Sebelum ini, Tular video berdurasi seminit memaparkan tiga remaja membeli ayam goreng sebelum memakan ayam tersebut dan mengumpulkan tulang-tulangnya.
01:05Tulang ayam itu kemudiannya dicampur dengan nasi dan diberikan kepada seorang gelandangan.
01:10Pemilik video itu kemudiannya tampil mohon maaf dan mengakui kandungan video perkenaan adalah gurawan semata-mata.

Recommended