• 1 year ago
Kerajaan sedang meneliti keperluan untuk meminda akta sedia ada atau menggubal akta baharu bagi menangani fenomena penjualan dadah secara dalam talian yang semakin membimbangkan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali, kerajaan sedang meneliti keperluan untuk meminda akta sedia ada atau menggubal akta baharu bagi menangani fenomena penjualan dadah secara dalam talian.
00:11Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, isu itu telah dibincangkan dalam mesyuarat jawatan kuasa Kabinet membantras gejala dadah yang dipengerusikan timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Jun.
00:25Kita sedar tren itu tren yang meningkat, tren itu sangat membahaya sebab mudahnya bekalan itu diperolehi dan transaksi itu dilakukan tanpa dikesat melalui ini.
00:42Jadi kerajaan sedar tentang aspek itu dan memang kita ke arah untuk menanganinya dan tugas kerajaan tentulah dari aspek pembikinan undang-undang.
00:53sama ada meneliti akta yang sedia ada atau maksudnya untuk tujuan meminda memasukkan fasal bagi membolehkan ada kawalan dan tindakan
01:04ataupun keperluan untuk mengadakan satu undang-undang yang baru.
01:09Terima kasih.
01:10Terima kasih.
01:11Terima kasih.

Recommended