00:00Jepun mencatat suhu tertinggi pernah direkodkan iaitu 41.8 darjah Celsius di Banar Isisaki, wilayah Gunma pada Selasa.
00:11Suhu dicatat ketika gelombang haba terus melanda sebahagian besar negara itu, lapor agensi berita Kyodo yang memetir agensi meteorologi Jepun.
00:20Rekod baharu itu mengatasi suhu tertinggi sebelumnya iaitu 41.2 darjah Celsius yang dicatatkan hanya beberapa hari lalu ditambah wilayah Yogo dan pada awal Selasa di Kiryu yang turut terletak di Gunma.
00:37Indensi berkenaan pada awalnya melaporkan bacaan 41.6 darjah Celsius di Isisaki sebelum kemas kini terbaharu kepada 41.8 darjah Celsius.
00:50Susulan itu pihak berkuasa menggesa orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga terhadap penyakit berkaitan haba.
00:56Ini termasuk minum air secukupnya dan menggunakan penyaman udara dengan sewajarnya.
01:02Keadaan panas melampau itu dikaitkan dengan aliran udara panas menuju ke sistem tekanan rendah berhampiran Hokkaido.
01:11Antara lain kesan angin fon di Rantau Kanto yang merangkumi Tokyo dan wilayah sekitarnya.
01:17Amaran strok haba turut dikeluarkan di 44 daripada 47 wilayah di Jepun.
01:23Jumlah tertinggi sejak sistem amaran itu diperkenalkan pada 2021.