00:00Bertemu kembali, seorang lelaki yang didakwa menyeludup dadah ke Indonesia berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun di bawah undang-undang dadah negara itu dalam perbicaraan bermula selasa di Bali.
00:13Suspek William Wallace Mollinox V, seorang warga negara Amerika Syarikat, ditangkap 23 Mei lalu selepas didakwa mengambil bungkusan yang mengandungi dadah terlarang di sebuah pejabat pos berhampiran pantai Kuta.
00:26Tangkapan dibuat selepas Mollinox dilapa menerima bungkusan mencurigakan dari London.
00:34Susulan itu, agensi narkotik Bali merampas bungkusan tersebut dan penyiasat melaporkan menemui 99 biji pil Adderall berwarna jingga dalam 7 kotak ubat yang mengandungi 1.86 gram amphetamin.
00:46Suspek berusia 27 tahun itu memberitahu pihak berkuasa, dia ketanggih amphetamin kerana menghidap gangguan hyperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD.
00:58Beliau mengaku membeli Adderall secara dalam talian melalui pasaran gelap atau dark web ketika bercuti di Bali.
01:03William berdepan pelbagai pertuduhan termasuk menyeludup dadah yang membawa hukuman maksimum 15 tahun penjara dan denda sehingga 10 bilion rupiah.
01:13Dokumen mahkamah menunjukkan dia dipindahkan dari pusat tahanan ke pusat pemulihan di Bali pada 9 Julai.
01:19Ini selepas doktor dari Amerika Syarikat mengemukakan kenyataan bertulis bahawa beliau menghidap ADHD dan memerlukan rawatan.
01:28Panel 3 hakim menangguhkan perbicaraan sehingga 12 Ogos untuk mendengar keterangan saksi.