• 1 year ago
Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan bahawa rakaman suara yang tular memaparkan perbualan telefon antara remaja tersebut dan ibunya, Noraidah Lamat adalah tulen.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Peguam Hamid Ismail yang mewakili keluarga Allahyarham Zahra Khairina Mahathir mengesahkan bahawa rakaman suara yang tular
00:07memaparkan perbualan telefon antara remaja tersebut dan ibunya, Noraidah Lamad adalah tulen.
00:14Rakaman perbualan telefon dua beranak itu didedahkan kepada umum, menerusi media sosial dan memberi gambaran bahawa Zahra Khairina
00:21bimbang mengenai keselamatan dirinya selain mendakwa berlaku gangguan terhadap pelajar oleh sekumpulan pelajar senior di sekolahnya.
00:30Dalam rakaman kedua berdurasi 44 saat yang tular sepanjang minggu ini, jelas kedengaran ketakutan dan kebimbangan yang dialami oleh remaja itu
00:39terhadap seorang pelajar dikenali sebagai KM.
00:43Bagaimanapun tarikh sebenar, rakaman perbualan telefon tersebut tidak dapat dipastikan.
00:48Namun ia pernah dirujuk dalam kenyataan Hamid dan rakan pasukannya.
00:51Syahlan Jufri
00:52Dalam rakaman ketiga dan keempat pula, Zahra Khairina menceritakan kepada ibunya bahawa rakannya yang dikenali sebagai Yasmin
01:00turut menjadi mangsa gangguan oleh sekumpulan pelajar senior.
01:04Rakaman ketiga berdurasi 1 minit 36 saat memperdengarkan perbualan telefon Zahra yang menceritakan insiden Yasmin di fitnah
01:12hingga dipanggil ke kelas pelajar tingkatan 4.
01:15Rakaman keempat pula merupakan sambungan perbualan Zahra dengan ibunya mengenai Yasmin yang berdurasi hampir 2 minit.
01:24Dalam rakaman itu, Zahra meluahkan bahawa rakan-rakan mereka tidak mempunyai pilihan selain menurut arahan apabila dipanggil oleh pelajar senior.
01:32Zahra turut menyuarakan ketakutan untuk melawan atau mengelak kerana bimbang dimarahi pelajar senior.
01:41Malah katanya, dia pernah diberi amaran secara halus hanya melalui rendungan tajam yang cukup untuk membuatkannya berasa terancam.
01:50Rakaman suara antara dua peranak itu menarik perhatian warga maya selepas kematian Zahra Khairina dikaitkan dengan dawaan insiden buli di sekolah berkenaan.
02:00Pelajar tingkatan 1 itu sebelum ini dilaporkan terjatuh dari tingkat 3 bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai lalu
02:10dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I.

Recommended