• 1 year ago
Sebanyak 14 buah rumah setinggan dan beberapa premis perniagaan berhampiran musnah dalam satu kebakaran besar yang berlaku di Jalan Pantai Dalam, berhadapan Stesen Komuter KTM malam Khamis.
Transcript
00:00Sebanyak 14 buah rumah setinggan dan beberapa premis perniagaan berhampiran musnah dalam satu kebakaran besar yang berlaku di Jalan Pantai Dalam berhadapan stesen Komite KTM pada Kamis malam.
00:13Menurut Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 11.11 malam.
00:23Sejurus itu, pasukan dari Balai Bomber dan Penyelamat BBP Pantai dengan bantuan BBP Hangtuah, Seputih dan Suci Hartamas bergegas ke lokasi kejadian.
00:34Sebanyak tiga jentera Fire Rescue Tender FRT, dua unit tangki air water tanker dan satu unit aerial ladder platform ALP bersama kekuatan 36 anggota dikerahkan dalam operasi itu.
00:46Ketua Balai Bomber dan Penyelamat Pantai Penguasa Kanan Bomber 1 Wan Muhammad Syahrir Azizi Wan Said berkata,
00:52Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati kebakaran telah memusnahkan sebahagian besar kawasan rumah setinggan seluas kira-kira 100 x 80 kaki persegi, melibatkan 14 buah rumah dengan kadar kemusnahan dianggarkan 80%.
01:06Kebakaran turut meribat ke empat buah premis kedai berhampiran dengan keluasan kira-kira 200 x 120 kaki persegi.
01:14Antara premis yang terjejas termasuk tingkat bawah Maidin Mart dan tingkat atas Pasaraya Carnival.
01:19Bahagian atas Pasaraya itu terbakar 100% manakala tingkat bawah Maidin Mart mengalami kemusnahan kira-kira 20%.
01:28Tiga buah kedai bersebelahan pula terjejas masing-masing dengan kadar kemusnahan dianggarkan 90%.
01:34Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.
01:39Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 1.49 pagi.
01:43Punca kejadian masih dalam siasatan unit siasatan kebakaran JBPM.
01:49Terima kasih telah menonton!

Recommended