00:00Dan laporan berikutnya, Menteri Penerangan Lubnan Paul Morkos sahkan Kabinet Negara itu bersetuju terhadap matlamat cadangan AS untuk melucutkan senjata Hezbollah menjelang hujung tahun ini.
00:12Bagaimanapun, garis masa atau pelan pelaksanaannya masih belum dimuktamadkan.
00:16Menurut Morkos, sekeputusan yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet Khamis lalu hanya tertumpu kepada objektif keseluruhan pelan tanpa menyentuh soal jadual atau tindakan susulan.
00:30Kerajaan masih menunggu laporan pelan tindakan eksekutif daripada pemerintahan tentera Lubnan bagi melengkapkan keputusan sediada.
00:46Cadangan dari Washington itu menyasarkan pelucutan senjata kumpulan seperti Hezbollah, penempatan semula tentera Lubnan ke kawasan strategik termasuk sempadan,
00:55penarikan tentera Israel dari lima kawasan pertikaian, penyelesaian isu tahanan melalui rundingan tidak langsung serta penetapan sempadan kekal antara Lubnan, Israel dan Syria.
01:08Mesyuarat Kabinet pada Khamis merupakan kesinambungan perbincangan sebelum itu pada selasa yang belum mencapai kata sepakat.
01:14Ketika perbincangan berlangsung, Menteri-Menteri dari Hezbollah dan sekutunya dari Puak Syiah dilaporkan keluar sebagai tanda protes terhadap usaha membincangkan pelan tersebut.
01:23Setakat ini, Pejabat Perdana Menteri Israel dan Kementerian Pertahanannya enggan mengulas,
01:27manakala Jabatan Negara Amerika Syarikat belum memberikan kenyataan balas rasmi.
01:32Pia Hezbollah juga belum memberikan sebarang reaksi rasmi.
01:35Cadangan Amerika Syarikat itu dilihat sebagai usaha untuk melanjutkan dan menstabilkan perjanjian genjatan senjata antara Lubnan dan Israel yang dimeterai pada November lalu.
01:44Susulan konflik yang memuncak sejak Oktober 2023 apabila Hezbollah menyerang kedudukan Israel sebagai sokongan kepada Hamas dalam perang Gaza.
01:51Terima kasih kerana menonton!