00:00Baik bersuha kembali, kerajaan beri jaminan konsesi yang ditawarkan kepada Amerika Syarikat dalam mencapai kadar tarif 19% tidak menjejaskan fiskal, menambah hutang negara dan tidak menggunakan dana awam.
00:13Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pasukan rundingan dengan kelulusan kabinet telah menggunapakai strategi kekuatan awam swasta dengan memastikan pelindungan terhadap dasar utama negara.
00:27Tengku Zafrul berkata, komitmen pelaburan atau pembelian hanya melibatkan syarikat multinasional dalam industri semikonduktor, ruang kasa dan pusat data dengan nilai RM150 bilion Amerika.
00:42Jadi angka ini harus dilihat juga dalam konteks yang lebih besar, berlandaskan perspektif ekonomi mikro.
00:49Walaupun jumlah keseluruhan kelihatan besar, hakikatnya komitmen ini dilaksanakan secara berfasa dalam tempoh 5 hingga 10 tahun.
00:56Ianya juga bersifat transaksi komersial serta pelaburan oleh syarikat dan JLC negara dan bukan satu aliran keluar sekaligus.
01:04Yang sama penting, perolehan ini tidak membabitkan komitmen fiskal walau satu sen pun daripada kerajaan.
01:10Jadi dari sudut ekonomi, jumlah ini adalah setara dengan perbelanjaan operasi syarikat korporat dan JLC utama negara setiap tahun.
01:18Sama ada untuk pembelian bahan mentah, pelaburan teknologi atau pembaruan asas.
01:21Dalam hal ini, beliau mengambil contoh pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group, MAG,
01:28yang mana Tengku Zafron menjelaskan transaksi bernilai RM19 bilion Amerika itu adalah berperingkat sehingga 2035,
01:35bersamaan dengan komitmen 13.5% perbelanjaan sektor swasta negara bagi tahun 2024.
01:41Beliau menjawab soalan ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng, juga bekas menti kewangan,
01:47yang mahu tahu langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk mencapai hasil rundingan tarif sebanyak 19%
01:53serta konsesi yang ditawarkan Malaysia jika ada untuk keputusan berkenaan.
01:58Terima kasih telah menonton!