00:00Memasuki tahun ke-11, Malaysia Hashtag Quran Awal 2025 akan diadakan serentak di seluruh negara dan bersiaran langsung dari lokasi Perdana Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 30 Ogos ini.
00:15Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Umar Ikhlas, WUIF, Marhaini Yusuf berkata acara yang bermula jam 12 hingga 1.30 hari bertema Merdeka Dengan Rasa.
00:27Itu akan berpandukan tiga surah utama iaitu surah Al-Saf, Al-Balad dan Ali Imran.
00:34Rakyat yang nak kita santuni, kita rujuk kepada Al-Quran, kita bawakan dari surah Al-Balad, ada empat golongan seperti mana yang ada dekat pelakat yang kita perlu santuni.
00:45Yang kita perlu santuni dengan anak yatimnya, dengan orang yang terdampar dan paling penting adalah apabila kita kaji daripada surah Al-Saf tersebut,
00:56ada ayat ke-11 bercerita tentang Hawariun ataupun pembantu agama Allah.
01:02Beliau berkata demikian dalam sesi taklimat Sinergi Media Malaysia Quran Hawa 2025 di bangunan Kumpulan Karangkraf di Syahlam pada Jumaat.
01:10Tema Merdeka Dengan Rasa dipilih untuk menyeru masyarakat membebaskan diri daripada keangkuhan, penindasan dan ketidakadilan kepada pembinaan masyarakat adil, berihsan dan saling menyantuni.
01:22Beliau berharap kempen Malaysia Quran Hawa 2025 terus diperluaskan bagi mengangkat Al-Quran sebagai rujukan utama dalam pembinaan peradapan tinggi.
01:32Malaysia Quran Hawa 2025 membawa misi Reset Rasa iaitu satu seruan untuk semua golongan masyarakat agar kembali menyemak arah perjuangan dan sensitiviti terhadap penderitaan sekeliling.