• 1 year ago
Gambaran keadaan semasa Myanmar penting untuk dibawa kepada kepengetahuan kepimpinan ASEAN pada Oktober ini.
Transcript
00:00Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan akan mengetuai lawatan rasmi ke Myanmar pada 19 September ini
00:07bertujuan menilai situasi pentadbiran baharu di Myanmar selepas junta dibubarkan dan darurat ditamatkan.
00:15Lawatan sebelum sidang kemuncah ASEAN ke-47 pada Oktober ini turut disertai rakan sejawat dari Thailand, Filipina dan Indonesia.
00:23Menurut Muhammad, Filipina akan turut serta memandangkan mereka bakal menjadi pengurusi ASEAN pada tahun 2026.
00:32Penting untuk wujud kesinambungan supaya Filipina cakna dengan geopolitik serantau serta tahu apa yang perlu dilakukan tahun hadapan.
00:41Tambahnya Myanmar perlu menerjemahkan komitmen yang telah dibuat iaitu memanjangkan dan memperluas genjatan senjata diumumkan.
00:48Setakat ini, Myanmar sudah menyatakan dengan jelas rancangan mengadakan pilihan raya.
00:54Selain itu, keputusan tidak menyambung darurat dibuat kerana ia termaktub dalam perlembagaan negara tersebut.
01:00Dalam lawatan ini, Muhammad mahu mendapatkan penjelasan sama ada pilihan raya itu akan dilaksanakan secara menyeluruh.
01:06Ini memandangkan masih terdapat 63 bandar atau kawasan yang dikenakan darurat oleh Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara Myanmar.
01:14Gambaran ini penting untuk dibawa kepada kepengetahuan kepimpinan ASEAN pada Oktober ini.
01:20Pada 31 Julai lepas, Junta Myanmar mengumumkan penubuhan sebuah badan baru bagi menganjurkan pilihan raya umum hujung tahun ini
01:28sekaligus menamatkan perintah darurat yang dikuatkuasa sejak rampasan kuasa tahun 2021.
01:33Terima kasih kerana menonton!

Recommended