• 1 year ago
Indonesia dan Singapura bersetuju untuk memperkukuh hubungan pertahanan mereka menerusi peningkatan latihan bersama serta program pertukaran ketenteraan, ketika dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik yang semakin meruncing.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Indonesia dan Singapura bersetuju untuk memperkukuh hubungan pertahanan mereka menerusi peningkatan latihan bersama serta program pertukaran ketenteraan ketika dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik yang semakin meruncing.
00:14Lawatan dua hari Menteri Pertahanan Singapura Chan Chun Singh ke Jakarta bermula rabu disifatkan sebagai sebahagian daripada usaha diklomasi pertahanan yang lebih menyeluruh.
00:25Beliau di jadual mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak termasuk pegawai kerajaan, anggota tentera dan pakar pertahanan Indonesia.
00:34Lawatan itu turut menyusul selepas kunjungan Ketua Angkatan Tentera Singapura Laksamana Muda Aaron Beng ke Indonesia dua minggu lepas
00:42bagi membincangkan usaha memperkukuh kerjasama ketenteraan kedua-dua negara.
00:47Dalam pertemuan bersama Menteri Pertahanan Indonesia, Jafri Jansudin, kedua-dua pihak membincangkan strategi bersepadu dalam menghadapi ketidaktentuan serantau termasuk ancaman cyber dan keselamatan serantau.
01:00Kementerian Pertahanan Indonesia dalam kenyataan berkata, kedua-dua negara komited untuk mempererat hubungan ketenteraan demi memastikan kestabilan rantau dan mengukuh prinsip kejeranan baik.
01:11Agenda turut meliputi peluasan latihan bersama dan kerjasama pertahanan yang telah dimeterai menerusi perjanjian kerjasama pertahanan DCA yang dimuktamadkan pada 2022.
01:23Dalam kenyataan berasingan, Kementerian Pertahanan Indonesia turut menegaskan komitmennya terhadap keamanan dan pentingnya peranan ASEAN dalam menyelesaikan konflik serantau.
01:33Indonesia menekankan bahawa hubungan antarabangsa yang baik bagi mengelakkan ketegangan seperti yang pernah berlaku antara Thailand dan Kamboja.
01:41Terima kasih telah menonton!

Recommended