- 1 year ago
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Bersama saya Farhan Hakimi dan kita mulakan dengan laporan berikut.
00:12Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan akan mengetuai lawatan rasmi ke Myanmar pada 19 September ini
00:18bertujuan menilai situasi pentadbiran baharu di Myanmar selepas junta dibubarkan dan darurat ditamatkan.
00:26Lawatan sebelum sidang kemuncah ASEAN ke-47 pada Oktober ini turut disertai rakan sejawat dari Thailand, Filipina dan Indonesia.
00:37Menurut Muhammad, Filipina akan turut serta memandangkan mereka bakal menjadi pengurusi ASEAN pada tahun 2026.
00:44Penting untuk wujud kesinambungan supaya Filipina cakna dengan geopolitik serantau serta tahu apa yang perlu dilakukan tahun hadapan.
00:52Tambahnya, Myanmar perlu menerjemahkan komitmen yang telah dibuat iaitu memanjangkan dan memperluas genjatan senjata diumumkan.
01:01Setakat ini, Myanmar sudah menyatakan dengan jelas rancangan mengadakan pilihan raya.
01:05Selain itu, keputusan tidak menyambung darurat dibuat kerana ia termaktub dalam perlembagaan negara tersebut.
01:11Dalam lautan ini, Muhammad mahu mendapatkan penjelasan sama ada pilihan raya itu akan dilaksanakan secara menyeluruh.
01:17Ini memandangkan masih terdapat 63 bandar atau kawasan yang dikenakan darurat oleh Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara Myanmar.
01:26Gambaran ini penting untuk dibawa kepada kepengetahuan kepimpinan ASEAN pada Oktober ini.
01:32Pada 31 Julai lepas, Junta Myanmar mengumumkan penubuhan sebuah badan baru
01:36bagi menganjurkan pilihan raya umum hujung tahun ini sekaligus menamatkan perintah darurat yang dikuatkuasa sejak rampasan kuasa tahun 2021.
01:45Malaysia hari ini bersama negara-negara anggota ASEAN lain meraihkan Hari ASEAN ke-58
01:55dengan penekanan terhadap tema tahun ini ke arah masa depan ASEAN yang inklusif dan lastari.
02:02Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dicangka hadir memeriahkan sambutan peringkat kebangsaan
02:07dan menyampaikan ucap tamah sekaligus mengukuhkan komitmen berterusan Malaysia terhadap aspirasi bersama ASEAN
02:14terutamanya ketika negara memegang jawatan pengurusi ASEAN 2025.
02:19Sambutan itu menyerlahkan kepimpinan dan pencapaian Malaysia sepanjang tempoh kepengurusian
02:28termasuk usaha untuk memperkukuh integrasi serantau menerusi tiga tonggak utama ASEAN
02:33iaitu politik keselamatan, ekonomi dan sosio budaya.
02:38Satu daripada detik paling menunjul dalam tempoh kepengurusian Malaysia
02:42adalah usaha diplomatik proaktif Perdana Menteri terutama dalam menjadi perantara
02:47kepada konflik sempadan antara Thailand dan Kamboja.
02:51Usaha itu ditiraf secara meluas sebagai bukti kepada kepimpinan mantap Malaysia
02:55dan komitmen mendalam terhadap keamanan serta kestabilan serantau.
03:01Hari ASEAN juga berfungsi sebagai platform untuk menegaskan semula dedikasi blok ini
03:05terhadap wawasan komuniti ASEAN 2045
03:09sebuah pelan hala tuju komprehensif yang membayangkan ASEAN yang berdaya tahan,
03:14dinamik, berorientasikan rakyat dan inklusif dalam menghadapi cabaran masa depan.
03:19Ketika Malaysia terus mengembudi ASEAN sepanjang baki tempoh kepengurusian 2025
03:23beberapa siri dialog peringkat tinggi, misyarat menteri dan pertukaran budaya
03:28dijangka memperkukuhkan lagi matlamat wawasan komuniti ASEAN 2045.
03:34Hari ASEAN disambut setiap tahun pada 8 Ogos
03:37bagi memperingati penubuhan ASEAN pada 1967
03:40apabila Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand
03:45menandatangani deklarasi ASEAN, deklarasi Bangkok.
03:52Usaha Malaysia untuk menyelesaikan konflik di antara Thailand dan Kemboja
03:57sehingga membawa kepada pengekalan gencatan senjata
03:59tidak mungkin tercapai tanpa sokongan negara anggota ASEAN yang lain.
04:04Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata
04:07kemajuan dalam rundingan tersebut adalah sesuatu yang menakjubkan.
04:12Kata Perdana Menteri, penyelesaian yang dicapai turut terhasil
04:16sesulan asas yang telah dipupuk sejak berzaman di rantau ini
04:20termasuk komitmen untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran bersama.
04:24Now, the recent escalation along the Cambodian-Thai border
04:28reminds us how swiftly tensions can rise when left unresolved.
04:35As chair, Malaysia has worked on structurally the facility talks
04:38between the two countries.
04:40I would take note to recognize the support mandate of my friends,
04:47Wangku Sultan Brunei, presidents, prime ministers in ASEAN,
04:52who had continuously given the full support and endorsement.
04:58And this is a remarkable feat.
05:00I'm able to do that with Datuk Muhammad Hassan and the Kili
05:03because of the solidarity, commitment, trust and friendship
05:08and brotherhood of all ASEAN leaders.
05:11Thank you again.
05:14Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap pertama
05:17sempena Hari ASEAN 2025 ke-58 di Cyberjaya pada Jumaat.
05:21Dalam pertemuan antara pemimpin Thailand dan Kemboja di Putrajaya pada Khamis,
05:26mereka mencapai beberapa persetujuan penting dalam usaha mengekalkan genjatan senjata.
05:32Antaranya kepercayaan terhadap Malaysia untuk terus menerajui rundingan damai
05:36dan memantau situasi di sempadan melalui peranan Panglima Angkatan Tentera Malaysia,
05:41General Tan Sri Muhammad Nizam Jaafar.
05:44Selain itu, cadangan penempatan pasukan pemerhati ASEAN,
05:46ASEAN Observer Team AOT turut dibincangkan bagi membantu usaha pemantauan,
05:52bantuan kemanusiaan dan pengurusan perubatan di kawasan sempadan.
05:57Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata sidang kemuncak ASEAN ke-47 di Ibu Negara pada Oktober depan
06:03bakal menjadi medan himpunan pemimpin-pemimpin dunia selain pemimpin serantau dan rakan dialog ASEAN.
06:09Malaysia sebagai pengurusi ASEAN 2025 mengalu-alukan kedatangan ketua-ketua negara
06:15dan rakan dialog termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump
06:19dan berkemungkinan Presiden Cina Xi Jinping.
06:23Selain itu, Perdana Menteri berkata,
06:25Malaysia juga menerima indikasi positif tentang kehadiran Presiden Brazil
06:30Luis Inacio Lula da Silva dan Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa
06:35yang masing-masing merupakan pengurusi BRICS dan G20 ketika ini.
06:39Untuk rekod rakan dialog ASEAN terdiri daripada Australia
07:09Canada, China, Kesatuan Eropah, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
07:19Pada Mei lalu, sidang kemuncak ASEAN GCC China yang dihadiri Perdana Menteri China Li Chang
07:24merupakan yang pertama seumpamanya mencerminkan usaha Malaysia
07:29untuk memperkukuh kerjasama ekonomi serantau.
07:31GCC merangkumi Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emeriah Arab Bersatu, UAE.
07:41ASEAN perlu merangka semula strategi ekonomi yang berani memandangkan rantau ini
07:46mengharungi pelbagai krisis pada satu masa.
07:48Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liu Chin Tong berkata
07:53ASEAN harus membentuk kelas pertengahan untuk menjadikan rantau ini pangkalan pengguna
07:58bukan sekadar pangkalan pengeluaran.
08:03Katanya mempunyai kelas pertengahan yang kukuh akan membantu meningkatkan pengaruh ASEAN
08:08ke atas rantau-rantau lain.
08:10Jika diimbas kembali, sejak berakhir Perang Dingin dan Konflik Indochina pada tahun 1990-an
08:16ASEAN telah berkembang dengan mencatatkan lonjakan dan lantunan dari segi ekonomi.
08:22Rantau ini juga melaksanakan strategi perindustrian berasaskan pengeluaran
08:26yang menjadikan Amerika Syarikat sebagai destinasi utama ekspor.
08:31Tambah Liu, ASEAN perlu berkembang lebih makmur
08:33selain menyeru dasar ekonomi yang empati dan inklusif.
08:36Menyentuh tentang perubahan iklim, rantau ASEAN dilihat paling terdedah katanya.
08:42Oleh itu, keberanian, keazaman politik dan pembiayaan segera adalah perlu
08:46untuk mengelakkan krisis.
08:49Setelah itu, grid tenaga ASEAN berupaya meningkatkan kesaksamaan
08:53dengan mebekalkan tenaga kepada rakyat yang terasing daripada mendapat akses.
08:57Manakala visi komuniti ASEAN 2045 pula menyediakan kerangka komprehensif
09:02untuk ASEAN yang berdaya tahan, inovatif, dinamik dan berteraskan rakyat.
09:09Nilai perdagangan antara China dan ASEAN meningkat 8.2% tahun ke tahun
09:15bagi tempoh Januari hingga Julai dengan jumlah mencecah $596.99 bilion.
09:22Ekspor China ke negara-negara ASEAN meningkat 13.5% kepada $377.03 bilion
09:30manakala aliran barangan dari ASEAN ke China hanya mencatatkan
09:35kenaikan 0.2% kepada $219.96 bilion.
09:41Lebihan dagangan China bagi tempoh berkenaan berjumlah $157.07 bilion
09:50meningkat 40.6% berbanding Januari hingga Julai 2024.
09:57Bagi Julai sahaja, jumlah perdagangan China dengan ASEAN berjumlah $86.3 bilion
10:03menurun 5.2% berbanding Jun.
10:06Vietnam kekal sebagai rakan dagang utama China dalam kalangan negara ASEAN.
10:10Dari Januari hingga Julai, perdagangan dua hala antara kedua-dua negara
10:15mencecah $161.2 bilion, meningkat 11.2%.
10:21Ekspor China ke Vietnam melonjak 20.7% kepada $110.6 bilion
10:28manakala import dari Vietnam menurun 5.1% kepada 50.96 bilion.
10:36Malaysia berada di kedudukan kedua dengan nilai perdagangan berjumlah
10:40$116.83 bilion diikuti Thailand, $89.41 bilion dalam tempoh 7 bulan pertama tahun ini.
10:51ASEAN bersama Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Rusia antara rakan dagang asing utama China.
10:57Pada 2023, perdagangan China dengan ASEAN menurun 4.9% namun pulih semula pada 2024
11:06dengan peningkatan 7.8% mencecah $982.33 bilion.
11:15Perdana Menteri Vietnam, Pah Min Chin telah mengarahkan bank pusat negara itu
11:20untuk menghapuskan had pertumbuhan kredit dalam sistem perbankan bermula tahun depan.
11:25Menurut kenyataan pada kamis, Bank Negara Vietnam turut diminta untuk membangunkan
11:30satu set piawaian bagi memastikan bank-bank beroperasi secara cekap dan sihat.
11:36Bank Negara Vietnam sebelum ini menetapkan had tahunan bagi pertumbuhan kredit
11:40sebagai langkah untuk mengawal aliran wang ke dalam ekonomi
11:43serta mengekalkan kestabilan sistem kewangan
11:46yang mana had bagi tahun ini ditetapkan pada 16%.
11:50Langkah baru ini dilihat sebagai usaha untuk merangsang pertumbuhan ekonomi
11:55dan meningkatkan kecegapan sektor perbankan negara.
12:04Indonesia dan Singapura bersetuju untuk memperkukuh hubungan pertahanan mereka
12:08menerusi peningkatan latihan bersama serta program pertukaran ketentuan
12:13ketika dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik yang semakin meruncing.
12:18Lawatan dua hari Menteri Pertahanan Singapura Chan Chun Singh ke Jakarta bermula rabu
12:22disifatkan sebagai sebahagian daripada usaha diplomasi pertahanan yang lebih menyeluruh.
12:31Beliau di jadual mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak termasuk pegawai kerajaan,
12:35anggota tentera dan pakar pertahanan Indonesia.
12:38Lawatan itu turut menyusul selepas kunjungan Ketua Angkatan Tentera Singapura
12:42Laksamana Muda Aaron Beng ke Indonesia dua minggu lepas.
12:46bagi membincangkan usaha memperkukuh kerjasama ketenteraan kedua-dua negara.
12:51Dalam pertemuan bersama Menteri Pertahanan Indonesia,
12:54Jafri Jansudin, kedua-dua pihak membincangkan strategi bersepadu
12:59dalam menghadapi ketidaktentuan serantau termasuk ancaman cyber dan keselamatan serantau.
13:04Kementerian Pertahanan Indonesia dalam kenyataan berkata,
13:07kedua-dua negara komited untuk mempererat hubungan ketenteraan
13:11demi memastikan kestabilan rantau dan mengukuh prinsip kejeranan baik.
13:16Agenda turut meliputi peluasan latihan bersama dan kerjasama pertahanan
13:20yang telah dimeterai melalui perjanjian kerjasama pertahanan DCA
13:24yang dimuktamadkan pada 2022.
13:27Dalam kenyataan berasingan,
13:28Kementerian Pertahanan Indonesia turut menegaskan komitmennya
13:31terhadap keamanan dan pentingnya peranan ASEAN
13:34dalam menyelesaikan konflik serantau.
13:36Indonesia menekankan bahawa hubungan antarabangsa yang baik
13:39bagi mengelakkan ketegangan seperti yang pernah berlaku
13:42antara Thailand dan Kemboja.
13:46Sekian ASEAN 25 Jam ini.
13:48Saya Farhan Hakimi.
13:49Salam hormat.