00:00Suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia, SPRM akan terus menyokong Ombudsman Sarawak dalam usaha memperkukuh tabiurus serta integriti dalam pentadbiran kerajaan negeri.
00:11Ketua Pesuruh Jaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata penubuhan Ombudsman Sarawak adalah penting kerana ia menyediakan platform khusus bagi memantau isu-isu berkaitan tabiurus dan etika pentadbiran.
00:22Jelas Azam bantuan serta kerjasama SPRM dari segi perkongsian kepakaran serta penjaminan pegawai telah bermula sejak sebelum penubuhan Ombudsman Sarawak lagi.
00:35Ia termasuk sesi libat urus dan jaga penanda aras di beberapa negara luar bagi melihat model Ombudsman mereka.
00:43Selain itu, SPRM turut menjaminkan pegawai-pegawai yang mahir dalam integriti juga kepada Ombudsman Sarawak dan kerjasama ini kita akan teruskan.
00:51Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi di Kuching.
01:00Pada 20 November 2023, Dewan Undangan Negeri Dun Sarawak meluluskan rang undang-undang RUU Ombudsman Sarawak 2023 yang akan membenarkan orang ramai melaporkan salah takbiran oleh agensi perkhidmatan awam negeri.
01:14RUU itu bertujuan meningkatkan ketulusan dan accountability dalam agensi-agensi kerajaan bagi memastikan wujudnya elemen semak dan imbang
01:23di samping membolehkan kerajaan menambah baik sistem dan prosedur penyampaian awamnya.
01:29Untuk rekod, Sarawak satu je negeri di Malaysia yang mempunyai Ombudsman mereka sendiri bagi memantau tata kelola dalam pentadbiran kerajaan.
01:36Terima kasih telah menonton!