00:00Sabah Electricity mengesan 170 rumah serta premis terlibat dengan sambungan elektrik secara tidak sah dan melakukan usikan pepasangan meter secara haram dalam operasi martabat di sekitar Lahad Datu selama 3 hari bermula selasa lalu.
00:15Sabah Electricity dalam kenyataan pada Jumat memaklumkan operasi bersama polis diraja Malaysia PDRM itu mengesan 100 rumah terlibat dengan penyambungan elektrik tidak sah manakala 70 premis terlibat dengan pepasangan meter secara haram.
00:30Ujarnya dalam operasi martabat di Lahad Datu kerugian hasil yang dikesan dianggarkan RM273,000 sebulan. Aktiviti haram itu bukan sahaja membahayakan nyawa malah mengakibatkan kerugian besar kepada negara dan mengganggu bekalan elektrik kepada pengguna sah.
00:46Operasi martabat diteruskan sehingga 30 Ogos ini dan akan menyasarkan penurunan kadar kehilangan tenaga di Lahad Datu daripada 17.17% kepada 15%.
00:57Orang ramai turut diminta melaporkan aktiviti mencurigakan berkaitan bekalan elektrik kepada Sabah Electricity menerusi hotline 15444 atau aplikasi MySESB.