• 1 year ago
Naib Presiden PRBSS, Datuk Japlin Akim berkata, langkah itu adalah usaha memberi pendedahan kepada pelancong asing dan rakyat tempatan mengenai budaya pelbagai etnik di Sabah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah, PRBSS, merancang mengadakan program kebudayaan berkala di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah di Lok Batik, Tuaran.
00:12Net Presiden PRBSS, Datuk Japlin Akim berkata, langkah itu adalah usaha memberi pendedahan kepada pelancong asing dan rakyat tempatan mengenai budaya pelbagai etnik di Sabah.
00:23Yang antara objektifnya ialah untuk kita memperkasakan dan mempertahankan seni dan budaya masyarakat, suku atau etnik Rumpun Bajau Sama yang ada di Sabah.
00:40Pada masa yang sama ini juga merupakan satu platform bagi kita untuk kita menanamkan semangat toleransi dan perpaduan di kalangan pelbagai etnik yang ada di negeri Sabah ini.
00:53Dan pada masa yang sama kita juga ingin memperkenalkan budaya suku kaum Bajau Sama ini bukan sahaja di peringkat nasional tetapi juga di peringkat antarabangsa.
01:06Bajau Sama Sabah akan diadakan pada 7 hingga 10 Ogos ini.
01:11Japlin berkata ia merupakan platform menanamkan semangat toleransi dan perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di Sabah termasuk Bajau Sama.
01:19Selain itu katanya penglibatan golongan belia dalam festival kebudayaan ini dapat mengangkat serta memperkasa seni budaya warisan negeri ini.
01:27Dan kita menggalakan penglibatan belia dalam semua program yang dianjurkan dan selain daripada itu kita juga mempunyai bengkel-bengkel dan juga pembelajaran untuk kita mempelajari seni dan budaya etnik Bajau Sama.
01:52Dan kebanyakan bengkel-bengkel ini dianjurkan melibatkan kumpulan belia supaya penglibatan belia ini dapat mempastikan supaya seni dan budaya ini dapat dihidupkan, dapat dipertahankan, dapat diperkasakan lagi dengan adanya program-program seumpama ini.
02:16Festival ini akan dirasmikan oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.
02:20Terima kasih telah menonton!

Recommended