Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Armizan menggesa pihak berkuasa agar bersikap terbuka mempertimbangkan prosiding inkues sekiranya keadaan memerlukan,bagi membolehkan semua fakta dan keterangan saksi relevan didedahkan secara terbuka kepada umum.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pihak berkuasa terutama polis perlu terbuka untuk mempertimbangkan inquest kes kematian Zara Karina Mahadir jika keadaan memerlukan.
00:09Ahli Parlimen Papar Dato' Armizan Muhammad Ali berkata prosiding inquest penting kerana sistem perundangan negara membenarkannya bagi membolehkan segala perkara dan situasi diteliti melalui sebanyak mungkin saksi yang relevan.
00:23Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kosara Hidup berkata orang awam juga diberikan akses untuk mengikutinya secara terbuka dan mendapat maklumat.
00:35Katanya ini penting dalam keadaan sesuatu kes yang telah mendapat perhatian umum luar biasa dan mengundang pelbagai spekulasi dan fitnah.
00:43Mengakui ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan membuat spekulasi atas motif tertentu tetapi jelasnya lebih ramai rakyat yang ingin mencari kebenaran dan menuntut keadilan.
00:55Mengulas mengenai ibadah siasat, perkara itu kata beliau wajar dilakukan di peringkat awal bagi mengelak sebarang isu berbangkit yang tidak jelas punca dan situasinya.
01:05Menurutnya pegawai penyiasat mempunyai kewajipan untuk menentukannya sebagaimana termaktub dalam Seksyen 330 Kanun Tata Cara Jenayah.
01:13Selain itu, Armizan berkata beliau tidak berniat untuk mencampuri siasatan dan menyifatkan kenyataan ini adalah pandangan peribadinya.
01:22Beliau berkata demikian selepas merasmikan pertandingan bertitik sempena Festival Kebudayaan Rumpun Bajau Sama 2025 bertempat di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama, Kampung Lok Batik Tuaran pada Sabtu.
Comments

Recommended