• 1 year ago
Putra Pelukis tidak perlukan galeri mewah. Cukup hanya di jalanan, untuk tunjuk bakatnya. Meskipun berusia 21 tahun, dia adalah simbol kegigihan anak muda dalam mengejar impian melalui cara yang unik ‘melukis’ raut wajah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Intro
00:00Dengan setiap lakaran pensel, putera pelukis bukan sahaja menangkap raut wajah
00:27tetapi juga emosi dan kisah di sebalik setiap individu
00:31baginya setiap portret adalah peluang untuk dia menyentuh hati manusia
00:35dengan cara yang paling pribadi iaitu melalui seni
00:38sejak berumur 14 tahun, anak muda ini sudah meluangkan masa di kaki Bukit Bintang
00:43melukis portret wajah-wajah mereka yang lalu-lalang
00:46selepas 7 tahun berkarya di jalanan, putera Akmal Nadesh Muhammad Zuraimi
00:53dikenali sebagai simbol kegigahan anak muda dalam mengejar impian
00:57meskipun hanya di jalanan
00:58ikuti kisah Seri Kiringat di media sosial Astro Awani
01:02Nama saya Putera Akmal Nadesh B. Muhammad Zuraimi
01:16saya berumur 21 tahun, saya berminat daripada umur 5 tahun
01:22semua saya dah start melukis daripada umur 14 tahun
01:26akhirnya kalau nak melukis kat sini ni, kat Bukit Bintang ni
01:29saya dah daripada umur 14 tahun lah. Kenapa portret? Sebab saya suka wajah
01:33saya suka manusia, cuba tengok muka-muka orang-orang sekeliling kita
01:38hebatnya Tuhan, semua tak sama abang
01:41saya lain, abang lain, so wajah ni unik
01:44dan kalau nak kata beautiful, semua cantik
01:47faham tak? Kalau nak tengok keindahan, semua portret wajah manusia cantik
01:52tak kisahlah macam mana pun dia cantik, Tuhan dah cipta dia macam tu
01:56sebab tu saya tertarik dengan portret, lukis jalan dan
02:00butukan, kritikan sebab saya duduk kat Bukit Bintang
02:03bila dekat Bukit Bintang ni kalau abang tengok sekeliling pun
02:05nak nampak muka orang kita susah, so mostly orang-orang luar
02:10saya tak buat kerja kotor abang, saya duduk tepi jalan saya melukis
02:13so bila saya melukis tiba-tiba datang hamba Allah kata haram
02:16dan orang tu bukan orang kita orang luar
02:19lagi saya rasa, terasa sebab yang kata dari sudut
02:23nak kata, dia kata eh buruklah lukisan kau ni, taklah
02:26pasti dia tak cakap macam tu, tapi dia akan cakap macam mana
02:29kau nak pergi ke mana, tak apa
02:30ada yang puji-puji, sepuas
02:33kejayaan tu datang daripada kepuasan bila orang kata
02:37engkau boleh buat benda tu
02:39kes ni kena ada mood, tapi
02:40lama-lama saya belajar
02:42ini bukan mood dah, ini bukan mood
02:45ini kerjaya, ini kerja engkau, kalau engkau nak duit, kau kena potong benda tu
02:49kau kena ke depan juga, kau kena buat juga
02:52so sebenarnya ni baru permulaan
02:53nak kata permulaan pun, ya permulaan
02:57ni baru langkah pertama, bagi saya ini langkah pertama
02:59so jauh lagi, bila jauh lagi ni saya berharap
03:03umur panjang untuk saya boleh jelajah dunia je
03:05saya nak travel, saya nak tengok muka-muka manusia luar
03:09saya nak tengok cerita-cerita di sebalik luar
03:11at least saya boleh karya apa yang di sebaliknya pula
03:13mana tahu lepas ni lukis gambar gangster-gangster sana ke kan
03:16kisah-kisah yang misteri lagi ke
03:19so kita tak tahu tau
03:20kisah-kisah yang pelik yang mungkin dekat Malaysia ni tak ada
03:23so
03:24tengoklah insyaAllah
03:26ikuti siri Keringat Jalanan
03:37yang mengetengahkan kisah sebenar di sebalik wajah-wajah peniaga kecil
03:41di semua platform media sosial Astro Awani
03:44dan laman web
03:45keringatjalanan.astroawani.com
03:49Terima kasih kerana menonton!

Recommended