• 1 year ago
Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang berkuat kuasa 1 Ogos 2025, bersama barisan pesuruhjaya baharu untuk memperkasa komuniti Hindu.
Transcript
00:00Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang PHEB mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Jelutong RSN Raya sebagai pengurusinya berkuat kuasa 1 Ogos lalu.
00:10Menurut kenyataan, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat pertama PHEB yang berlangsung pada ahad dan turut melantik Sineta Dr. A. Lingash Warren sebagai timbalan pengurusi.
00:22Selain itu, pengurusi jawatan kuasa perumahan dan alam sekitar negeri, Datuk Sri S. Sundaraju dilantik sebagai ex-co yang bertanggungjawab,
00:29menyelaras hal-hal berkaitan dengan kerajaan negeri. PHEB berkata ia berharap dapat bekerjasama di bawah kepimpinan Raya untuk berkhidmat dan memperkasakan komuniti Hindu di Pulau Pinang.
00:41Pada 1 Ogos lepas, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Korn Yau mengumumkan pelantikan 19 pesuruh jaya PHEB baru bagi tempoh 1 Ogos 2025 hingga 31 Julai 2026.
00:51Selain Raya dan Lingash Warren, antara yang turut dilantik ialah Adun Bagan Dalam, K. Kumaran, Adun Batu Uban, A. Kumaresen dan pengurusi MIC Pulau Pinang, Datuk J. Dinagaran.
01:02Terima kasih telah menonton!
01:03Terima kasih telah menonton!
01:05Terima kasih telah menonton!

Recommended