• 1 year ago
Sebanyak 26 individu termasuk 20 rakyat Vietnam terlibat dalam kemalangan membabitkan bas pelancong dan dua kereta di Genting Highlands, namun tiada kecederaan serius dilaporkan.
Transcript
00:00Seramai 20 rakyat Vietnam dan 6 warga tempatan terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan 2 kereta di kilometer 17.3 jalan turun Genting Highlands, bentung Petang Ahak.
00:13Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahya Uthman berkata, kemalangan pada jam 5 petang itu dipercayai berpunca, bas yang membawa 21 penumpang termasuk seorang pemandu pelancong hilang kawalan.
00:24Bas itu kemudian melanggar belakang kereta Pro2 MyV dan Toyota Innova sekaligus menyebabkan semua kenderaan terbabas ke bahu jalan.
00:34Katanya pemandu bas mengalami kecederaan ringan manakala semua penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan.
00:40Pemandu Pro2 MyV turut cedera ringan dan dibawa ke hospital bentung oleh orang awam manakala penumpang kereta berkenaan selamat.
00:49Tambah Yahya, pemandu Toyota Innova bersama penumpang pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
00:54Selain itu, Jurucakap Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Pahang dalam kenyataan berkata, bas terbabit dalam perjalanan ke Batu Caves Gombak dari Genting Highlands.
01:05Tiga anggota dari Balai Bomber dan Penyelamat Genting serta sebuah jentera Light Fire Rescue Tender LFRT digerakkan dalam operasi tersebut.

Recommended