00:00Kerajaan Sarawak akan membelanjakan hampir RM600 juta bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar negeri itu yang melanjutkan pengajian di peringkat tinggi mulai tahun depan.
00:10Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Anwar Rapai berkata, inisiatif itu terhad kepada pelajar yang mengikuti pengajian di empat universiti milik kerajaan negeri, memabitkan 64 kursus ditawarkan.
00:24Katanya walaupun Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Oping tidak pernah berjanji memberi pendidikan tinggi percuma dalam mana-mana pilihan raya, ia tetap dilaksanakan atas keprihatinan demi kepentingan pendidikan anak Sarawak.
00:39Empat institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri ialah Universiti Teknologi Sarawak UTS, Universiti Ketim Malaysia, Universiti Swinburne Sarawak dan Kolej Universiti ICATS.
00:50Beliau berkata demikian ketika merasmikan program outreach Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak peringkat Zon Tengah di Dewan Kompleks Islam Sarawak-Sibu yang disempurnakan Menterinya Datuk Seri Fatimah Abdullah.