00:00Institusi ilmiah Islam terbesar di Mesir, Al-Azhar Al-Sharif menyifatkan keputusan Israel untuk mengambil alih Bandar Raya Gaza sebagai aib yang tidak dapat dipadamkan bagi masyarakat antarabangsa.
00:14Ia berikutan rata-rata hanya melihat dan gagal bertindak terhadap jenayah sedemikian.
00:19Al-Azhar menggambarkan langkah berkenaan sebagai dasar angkuh dan ganas yang menghina negara kerana ia mengabaikan semua undang-undang serta piagam antarabangsa.
00:32Pihak Arab, komuniti Islam dan masyarakat antarabangsa digesa menyelaras usaha serta meningkatkan tekanan bagi menghentikan cubaan menghapuskan identiti wilayah Palestine serta mengualkannya daripada peta.
00:44Institusi pendidikan itu terut menegaskan keperluan tindak balas tegas terhadap percubaan Israel menabur propaganda yang boleh mengancam kestabilan seluruh rantau.
00:55Pada Jumaat, Kabinet Perang Israel meluluskan rancangan untuk menawan Bandar Gaza dan memperketat cengkamannya ke atas semenanjung Gaza yang dikepung.
01:03Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu terut berkata rejim itu berhasrat untuk menguasai sepenuhnya semenanjung Gaza yang telah berada di bawah pengebuman berterusan Israel sejak Oktober 2023.
01:14Terima kasih telah menonton!